5 Lokasi Penkek Souffle Terkenal di Lembah Klang

0
195

Penkek souffle yang terkenal di negara Jepun merupakan antara sarapan kegemaran ramai termasuk rakyat Malaysia. Pankek souffle ini berstruktur tebal tetapi lebih ringan dan sangat lembut untuk dimakan. Disenaraikan lokasi viral di Lembah Klang yang wajib anda kunjungi untuk menikmati hidangan istimewa ini.

Souffle Dessert Cafe – Puchong
Sumber : Facebook Souffle Dessert Cafe – Puchong

1. Souffle Dessert Cafe

Kafe yang terletak di tingkat satu Kompleks Kenari ini berkonsepkan minimalis dan menyajikan pelbagai variasi penkek souffle dengan perisa strawberry, valrhona chocolate, caramel banana, matcha red bean, seasonal fruits dan lain-lain.

Souffle Dessert Cafe – Puchong 2
Sumber : Facebook Souffle Dessert Cafe – Puchong

Terdapat juga pencuci mulut lain seperti wafel, kokigari, ais krim, kopi dan sebagainya yang boleh anda nikmati.

Souffle Dessert Cafe – Puchong 1
Sumber : Facebook Souffle Dessert Cafe – Puchong
Neighbour’s Coffee Cafe fb 2
Sumber : Facebook Neighbour’s Coffee Cafe

2. Neighbour’s Coffee Cafe

Kafe yang terletak di Seri Avenue Kuala Lumpur ini adalah tempat yang sesuai untuk anda bersantai sambil menikmati hidangan enak terutamanya penkek souffle. Kafe ini sangat unik dan bersih dengan reka bentuk dalaman berwarna putih yang estetik.

Neighbour’s Coffee Cafe fb 3
Sumber : Facebook Neighbour’s Coffee Cafe

Neighbour’s Coffee Cafe menghidangkan lima jenis penkek souffle yang terkenal iaitu penkek Fuwa Fuwa iaitu bermaksud ‘gebu gebu’. Penkek gebu ini enak dinikmati bersama madu, coklat dan lain-lain topping.

Neighbour’s Coffee Cafe fb 1
Sumber : Facebook Neighbour’s Coffee Cafe

Terdapat juga makanan lain seperti pasta, variasi minuman, kek, salad, biskut, poke bowl dan sebagainya. Tunggu apa lagi, segera kunjungi kafe ini untuk menikmati menu savori dan pencuci mulut yang istimewa.

Soylab Malaysia 4
Sumber : Facebook Soylab Malaysia

3. Soylab Damansara Uptown

Jika anda penggemar soya maka Soylab Damansara Uptown adalah kafe yang wajib anda kunjungi untuk menikmati penkek souffle yang diperbuat daripada soya. Keunikan kafe ini adalah resepi istimewa penkek dan krim berasaskan soya.

Soylab Malaysia 2
Sumber : Facebook Soylab Malaysia

Selain menghidangkan penkek souffle yang lembut dan gebu, kafe ini juga menyajikan makanan berasaskan soya lain seperti susu soya, beancurd, soy pudding, soy frozen dan lain-lain.

Soylab Malaysia 3
Sumber : Facebook Soylab Malaysia
Eat Drink KL
Sumber : Eat Drink KL

4. Soft Cloud Mont Kiara

Salah satu kafe popular bagi penkek souffle yang lazat di Lembah Klang adalah Soft Cloud Mont Kiara.

Softcloud Dessert Cafe
Sumber : Facebook Softcloud Dessert Cafe

Uniknya tempat ini kerana mereka menghidangkan lebih sepuluh jenis penkek souffle berperisa matcha adzuki, yuzu honey, oreo, cocoa tiramisu dan lain-lain.

Softcloud Dessert Cafe 1
Sumber : Facebook Softcloud Dessert Cafe

Penkek souffle di sini bukan sahaja gebu dan ringan malah ia tidak terlalu manis serta tidak mempunyai bau telur yang kuat.

Coffee Stain fb
Sumber : Facebook Coffee Stain

5. Coffee Stain

Coffe Stain adalah sebuah kafe yang ideal bagi pecinta penkek souffle yang terletak di Publika. Terdapat enam variasi penkek souffle dengan pelbagai jenis topping termasuk earl grey Perancis, beri campuran, tiramisu, lotus biscoff dan matcha.

Coffee Stain fb 1
Sumber : Facebook Coffee Stain

Bagi penggemar penkek tradisional, anda juga boleh mendapatkannya di sini dengan topping madu dan mentega.