Alat Keselamatan Wajib Ada Dalam Kenderaan Untuk Mempertahankan Diri

Pemandu kenderaan terutamanya pemandu wanita adalah terdedah kepada risiko keselamatan. Bagi mempertahankan diri pada situasi tidak terduga, berikut disenaraikan beberapa alat keselamatan yang wajib ada di dalam kenderaan yang mungkin boleh membantu:

shopee
Sumber : Shopee

1. Wisel Keselamatan

Wisel keselamatan mampu membantu anda mendapatkan bantuan apabila diserang. Bunyi kuat daripada wisel ini dapat menarik perhatian orang sekeliling dan ia juga mampu mengalihkan perhatian penyerang.

 

Ubuy Malaysia
Sumber : Ubuy Malaysia

2. Penggera Pertahanan Diri

Penggera pertahanan diri adalah alat yang berfungsi seperti wisel keselamatan tetapi penggera pertahanan diri diaktifkan melalui pin yang ditarik dari peranti. Penggera bernada tinggi ini akan memberi amaran kepada sesiapa sahaja di sekitar dan ia tidak akan berhenti berbunyi sehingga pin keselamatan dimasukkan atau dinyahaktifkan melalui suis. Ini membolehkan anda mencari cara pertahanan diri yang lain seperti mengambil botol semburan lada dan sebagainya sementara penggera terus berbunyi.

20131128-e2d-ud1

3. Lampu Suluh

Lampu suluh bercahaya terang wajib ada di dalam kenderaan anda kerana cahaya terang daripada alat ini boleh mengganggu penglihatan penyerang buat seketika. Selain itu, cahaya terang juga boleh menerangi kawasan yang gelap, menjadikan penyerang lebih jelas kelihatan dan berpotensi mendorong mereka melarikan diri dengan segera.

Pastikan anda mempunyai salah satu alat keselamatan yang disenaraikan supaya dapat membantu anda sewaktu kecemasan di dalam kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!