Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah berjaga sambil nikmati percutian anda dengan mengikuti panduan keselamatan berikut:

1. Kaji Semula Pusat Keselamatan Tempatan

Sebelum merancang perjalanan anda, pastikan kaji semula keadaan keselamatan di destinasi yang ingin anda kunjungi. Pantau perkembangan terkini melalui laman web rasmi pihak berkuasa, MySejahtera atau sumber maklumat kesihatan yang boleh dipercayai. Ketahui sama ada terdapat peningkatan kes COVID-19 atau sekiranya terdapat sebarang syarat khas yang perlu dipatuhi oleh pelancong. Sentiasa dapatkan maklumat terkini dan bersedia menghadapi sebarang perubahan sebelum ke destinasi.

2. Pakai Pelitup Muka dan Amalkan SOP

Pemakaian pelitup muka dan hidung adalah langkah yang sangat penting semasa melakukan perjalanan, terutama di kawasan awam atau kenderaan awam. Amalkan SOP (Prosedur Operasi Standard) seperti mencuci tangan dengan kerap, menggunakan bahan pencuci tangan ‘hand sanitizer’ dan mengamalkan penjarakan sosial agar dapat melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman. Pastikan membawa bekalan pelitup muka dan bahan pencuci tangan yang mencukupi sepanjang perjalanan anda.

hotel lobby
Sumber : FMT

3. Tempat Penginapan dengan Standard Keselamatan Tinggi

Semasa memilih penginapan, pastikan untuk memilih tempat yang mematuhi standard keselamatan yang tinggi. Semak sama ada penginapan tersebut menjalankan langkah-langkah pembersihan dan sanitasi yang ketat. Kebanyakan hotel dan penginapan telah mengambil langkah sepatutnya untuk memastikan kebersihan dan keselamatan tetamu dengan menyediakan kemudahan pembersihan yang kerap dan menyeluruh.

4. Elakkan Berkumpul di Tempat Sesak

Elakkan berkumpul di tempat yang ramai seperti pusat beli-belah yang sesak atau acara keramaian. Pilih destinasi dan aktiviti yang kurang penuh sesak untuk mengurangkan risiko penularan virus ini. Perhatikan tahap kesesakan di tempat-tempat awam dan jika perlu, tentukan jadual perjalanan anda untuk menghindari waktu-waktu puncak.

5. Sediakan Kit Kesihatan Tambahan

Sedia bekalan kit kesihatan tambahan sebelum perjalanan anda. Ini termasuk ubat-ubatan yang diperlukan, kit ujian kendiri, pelitup muka dan produk pembersih tangan. Pastikan anda membawa bekalan yang mencukupi sepanjang tempoh perjalanan anda agar dapat melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Merah, Kuning, atau Hitam? Kenali Warna Bendalir Stereng Kenderaan Anda!

Warna bendalir stereng umumnya adalah warna merah, namun ia boleh berubah menunjukkan ia ada kerosakan. Sebagai pengguna kenderaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk anda...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!