Punca Gelinciran Cakera Pada Tulang Belakang

Gelinciran cakera atau lebih dikenali sebagai slipped disc pada tulang belakang adalah satu keadaan di mana kusyen pelapik tulang belakang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang atau saraf akar tulang belakang individu. Ramai terdedah dengan risiko penyakit ini disebabkan gaya hidup harian yang menjadikan ia sebagai salah satu penyakit pembunuh senyap. Ketahui antara punca-punca gelinciran cakera:

1. Obesiti

Salah satu punca utama masalah slipped disc adalah disebabkan oleh obesiti. Berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang tinggi pada cakera intervertebra. Hal ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.

2. Postur

Postur badan memainkan peranan penting dalam masalah kesihatan tulang belakang. Postur badan yang salah boleh menyumbang kepada masalah dan sakit di bahagian belakang hingga menyebabkan seseorang berisiko mengalami slipped disc.

Duduk bagi tempoh masa yang lama terutamanya dalam pelbagai posisi atau postur akan memberikan tekanan yang lebih banyak ke atas tulang belakang berbanding posisi berdiri. Oleh itu, anda digalakan untuk mengamalkan teknik duduk yang betul supaya dapat mengurangkan masalah kesihatan berkaitan tulang belakang.

3. Pekerjaan

Pekerjaan seperti memandu kenderaan, kerja pejabat dan lain-lain yang mengehadkan pergerakan anda juga menjadi punca terdedah pada risiko kesihatan slipped disc. Pemandu kenderaan perlu duduk untuk tempoh yang lama. Sekiranya melalui jalan yang tidak rata, ianya boleh memberi tekanan pada tulang belakang. Hal ini meningkatkan kecenderungan mereka berdepan dengan masalah slipped disc.

4. Peningkatan Usia

Apabila umur kita semakin bertambah, bahagian di antara dua ruas tulang belakang ini akan hilang keanjalannya dan lebih berisiko untuk haus atau mengalami kerosakan. Mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan risiko slipped disc.

5. Mengangkat Bebanan Yang Berat

Mengangkat barangan yang berat juga boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slipped disc ini. Hal ini kerana mengangkat objek berat akan menyebabkan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan cakera bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan kesakitan teruk yang mengganggu aktiviti harian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!