Tun Razak Exchange atau lebih dikenali sebagai The Exchange TRX, kini dibuka secara rasmi bagi pengunjung. Menara TRX menawarkan perpaduan perdagangan, kebudayaan dan pemandangan yang memukau sebagai menara tertinggi di Malaysia. Pelbagai tarikan tumpuan bagi aktiviti membeli-belah dan beriadah yang menjadikan bangunan ikonik ini destinasi yang wajib dikunjungi seperti berikut:
1. Taman ‘Rooftop’
Luangkan cuti hujung minggu anda dengan mengunjungi taman rooftop di Menara TRX yang menawarkan suasana tenang di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. Terdapat spot mengambil gambar-gambar ‘OOTD’ yang cantik sambil beriadah dengan keluarga atau rakan-rakan di taman rooftop yang terbesar di dunia ini mempunyai laluan joging, taman permainan unik untuk kanak-kanak, kawasan rumput luas untuk bersantai atau berkelah, air pancut yang cantik dan lampu berwarna-warni pada waktu malam yang menjadikan ia tempat lepak sesuai untuk pengunjungnya menikmati pemandangan Kuala Lumpur.
2. Kedai Jenama Terkemuka
Uniknya di Menara TRX adalah terdapat lebih 100 jenama fesyen antarabangsa dan juga jenama baru memasuki pasaran negara kita buat kali pertama. Antaranya adalah Balenciaga, Louis Vuitton, Gucci, Saint Laurent, Fendi, Bottega Veneta, Seibu, Tory Burch, Bvlgari dan sebagainya di sini. Memang tidak cukup sehari untuk meneroka bangunan tertinggi ini.
3. Tempat Makan
Setiap pusat beli-belah mempunyai banyak tempat makan bagi pengunjung mengisi perutnya. Begitu juga di Menara TRX yang menawarkan pelbagai jenis makanan antarabangsa, kafe dan menyajikan hidangan tempatan. Pengunjung boleh menjelajah pengalaman tempat makan baharu di dalam menara ini.
Antara kedai makanan yang terdapat di sini adalah Kenny Hills Baker, K Fry, Yakiniku Kuro, Santai Yamcha, Tertemu Ramen, Reborn Coffee, Gong Cha dan sebagainya lagi. Anda boleh menikmati makanan lazat sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.
4. Aktiviti Pesta
Sebagai pusat kebudayaan, Menara TRX secara berkala menjadi tuan rumah acara dan pameran. Dari pameran seni hingga festival kebudayaan, menara ini adalah ruang dinamik yang mendorong keterlibatan komuniti. Antara aktiviti yang telah diadakan sempena perayaan Natal adalah bengkel batik, persembahan muzik krismas, perarakan perayaan santa dan lain-lain. Anda boleh mengikuti laman media sosial TRX Exchange iaitu Instagram @theexchangetrx bagi maklumat lanjut mengenai aktivitinya.
5. Kosmetik Berjenama
Bagi individu yang gemar memakai solekan dan sesiapa dalam bidang kerjaya jurusolek, Menara TRX adalah destinasi sesuai untuk anda membeli barang-barang kosmetik berkualiti dan berjenama. Terdapat pelbagai jenama kecantikkan antarabangsa di tingkat ‘G’ yang boleh anda kunjungi seperti La Prairie, GUERLAIN, Drunk Elephant, Elixir, Lancome, Mac, Bobbi Brown, Dior, Kiehl, Givenchy Beauty dan sebagainya.