Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam keadaan baik juga membantu meningkatkan prestasi kenderaan. Mari kita lihat beberapa tanda yang menunjukkan keperluan menukar tayar seperti berikut:
1. Kedalaman Bunga Tayar
Satu lagi tanda penting untuk diperhatikan adalah kedalaman bunga tayar. Jika tayar kereta anda mempunyai kedalaman bunga melebihi 1.6 milimeter, ia adalah salah satu tanda anda perlu menukar tayar baharu dengan segera. Hal ini kerana, kedalaman bunga yang cukup akan memastikan cengkaman permukaan jalan yang baik dan prestasi brek yang optimum.
Selain itu, ia juga memberi kesan kepada pengendalian kenderaan dan menjejaskan keselamatan dalam keadaan jalan yang licin. Memeriksa kedalaman bunga tayar secara kerap adalah penting supaya pemanduan anda selamat.
2. Brek Lambat
Tayar yang sudah lama digunakan mungkin menunjukkan tanda-tanda brek lambat semasa menekan brek sehingga mencecah lantai kereta. Ini merupakan tanda tayar telah hilang keupayaan untuk mencengkam permukaan jalan apabila membrek di jalan raya dan jarak pemberhentian kereta juga menjadi lebih jauh. Oleh itu, jangan mengabaikan sebarang perubahan dalam prestasi kenderaan anda dan lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah.
3. Jangka Hayat Tayar
Seperti semua bahagian kereta anda, tayar juga mempunyai jangka hayat yang perlu dijaga iaitu ia mampu bertahan sekurang-kurangnya lima tahun jika digunakan dengan baik. Selepas tempoh masa tersebut, anda perlu lakukan penggantian kerana kualiti tayar akan mula merosot seiring dengan jangka masa dan kekerapan penggunaan. Anda perlu melakukan penyenggaraan berkala dan gantikan tayar baharu untuk memastikan tayar dapat cengkaman baik apabila memandu.
4. Bunyi daripada Tayar
Mendengar bunyi berdetap-detup atau ‘thudding noise’ ketika memandu adalah satu tanda tibanya masa untuk menukar tayar. Bunyi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kehausan tayar atau penjajaran roda yang tidak betul. Segera jumpa pakar tayar untuk mendapatkan penilaian kenderaan secara menyeluruh dan lakukan penggantian jika diperlukan.
5. Tayar Haus
Tayar akan menjadi haus dan lusuh selepas digunakan pada jangka masa yang lama, bergantung kepada kekerapan penggunaan kerana ia merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang bergesel dengan permukaan jalan. Memandu dengan tayar haus sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tayar pancit atau meletup pada bila-bila masa. Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan.