6 Tips Penyenggaraan Kereta Untuk Elak Kemalangan

Penyenggaraan kereta adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna kereta supaya ia berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Kecuaian dan pengabaian dalam berbuat demikian boleh mengakibatkan komponen kereta mengalami kerosakan dan gagal untuk berfungsi pada tahap yang sepatutnya serta menjadi penyumbang kepada peningkatan kemalangan. Oleh itu, ikuti tips penyenggaraan asas kenderaan bagi mengelakkan situasi tidak diduga seperti berikut:

1. Tekanan Angin Tayar

Pemeriksaan tekanan angin tayar kenderaan adalah sangat penting kerana tekanan angin yang tidak sempurna boleh mengundang kerosakan atau kemalangan. Memandu dengan tayar yang kembung atau kempis akan menjadikan tayar cepat rosak dan tidak rata sekali gus mengakibatkan kereta hilang kawalan.

Pastikan tayar berada pada tekanan angin yang betul mengikut saranan pengeluar. Periksa tekanan angin sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sebelum melakukan perjalanan jauh.

2. Lampu Kenderaan

Lampu kenderaan merupakan komponen penting yang memainkan peranan ketika memandu semasa hujan atau pada waktu malam. Ramai mungkin tidak sedar akan keberfungsian lampu depan dan belakang kenderaan yang secara tidak langsung membawa padah pada pemandu.

Oleh itu, pastikan periksa lampu kereta sebelum memulakan perjalanan atau sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Segera tukar atau gantikan mentol sekiranya lampu kenderaan berubah menjadi malap supaya pemandu bertentangan dapat melihat kelibat anda.

3. Periksa Suspensi Dan Penjajaran Kenderaan

Kerap melanggar lubang atau memandu pada jalan yang kasar boleh menyebabkan sistem suspensi kereta menjadi tidak sejajar sekali gus menyukarkan pengawalan tayar. Ia juga akan mengakibatkan kehausan tayar yang tidak rata.

Pastikan periksa penjajaran dan suspensi dengan kerap bagi mendapatkan pemanduan yang lancar sekali gus mengelakkan kemalangan.

4. Brek Kenderaan

Fungsi brek sangat penting kerana ia memastikan kereta dapat dihentikan pada jarak dan masa yang diperlukan. Periksa minyak brek dan gantikan pad brek apabila ia telah haus.
Semasa membrek, jika anda perasan terdapat bunyi geseran, gegaran atau ia mengambil masa lama untuk berhenti bermakna brek anda harus diberi perhatian serta-merta.

5. Tukar Minyak Pelincir

Semua jenis pelincir dan bendalir dalam kereta adalah penting dan haruslah diambil berat. Kekurangan mana-mana bahan pelincir pada kereta akan merosakkan enjin.

Coolant’, minyak brek, minyak gear dan lain-lain perlu diperiksa secara kerap bagi memastikan ia memberi tahap operasi optimum. Lakukan servis dan catatkan tempoh bila pelincir dan bendalir ini perlu diganti.

6. Gantikan Pengelap Cermin

Ramai pemandu kenderaan memandang enteng terhadap fungsi pengelap cermin (wiper) sehingga mengabaikan penjagaannya. Cuaca yang panas boleh menyebabkan getah pada bilah pengelap cermin menjadi kering dan mudah rosak.

Bilah yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan cermin hadapan menjadi kabur serta menjejaskan penglihatan pemandu sekali gus menyebabkan kemalangan terutamanya apabila hujan.

Gantikan ia apabila tiba masanya atau enam bulan sekali bagi memastikan kebolehpakaian alat ini masih berada dalam keadaan baik. Pastikan menukar apabila terdapat kesan koyak, kering, lusuh, terbelah atau lain-lain pada bilah pengelap cermin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!