Akuasatah Punca Kereta Terbabas

Sejajar dengan kempen keselamatan jalan raya ‘Road Safety Awareness Campaign’ SPANCO, PRIHATIN terpanggil untuk sama-sama menyebarkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil demi menjaga keselamatan di jalan raya.

Bagi keluaran kali ini, kami ingin mengetengahkan situasi akuasatah yang boleh dihadapi apabila kenderaan melalui jalan raya yang berair. Akuasatah yang juga dikenali sebagai ‘aquaplaning’ atau ‘hydroplaning’ adalah satu fenomena yang terjadi pada tayar kenderaan apabila ia gagal mencengkam permukaan jalan akibat melalui permukaan yang dipenuhi air.

Punca Berlaku Akuasatah

Keadaan tidak diduga ini berlaku apabila anda memandu di jalan yang telah dipenuhi air atau cuba meredah banjir yang mempunyai air melebihi kedalaman satu pertiga daripada tayar kereta anda. Selain itu, terdapat juga beberapa punca lain yang mendorong kepada situasi ini seperti berikut:

1. Memandu Kenderaan Terlalu Laju

Meredah jalan yang telah dinaiki air adalah satu tindakan bahaya kerana aliran air deras boleh menghanyutkan kereta. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pemandu yang berani mengambil risiko untuk melepasi jalan tersebut dengan memandu kenderaan terlalu cepat.

Memandu dengan cara tersebut boleh menyebabkan anda kehilangan kuasa untuk mengawal kereta sehingga menyebabkan kereta terangkat lebih tinggi kerana terdapat tekanan daripada permukaan tayar. Pastikan memandu dengan kelajuan tetap dan gunakan gear rendah supaya tidak menyebabkan air bergelombang di hadapan.

2. Keadaan Tayar Yang Kurang Baik

Tayar merupakan komponen penting untuk mengawal kenderaan kerana ia mencengkam permukaan jalan. Keadaan tayar yang kurang baik seperti botak, ketebalan bunga kurang daripada 1.6mm dan sebagainya akan mengurangkan keupayaan tayar mencengkam permukaan jalan dan mengharungi lopak air hingga menyebabkan akuasatah.

Sekiranya tayar kenderaan anda berada dalam keadaan kurang baik, gantikan ia dengan tayar baharu agar dapat berfungsi dengan optimum.

3. Permukaan Air Yang Dalam

Permukaan air yang dalam boleh mengakibatkan akuasatah terutamanya apabila tahap air melebihi separuh tayar. Ketinggian air pada tahap tersebut akan menyebabkan tayar kereta gagal mencengkam permukaan jalan dan menjadi punca tayar mudah terapung.

4. Tekanan Angin

Tekanan angin tayar juga memainkan peranan yang penting dalam mencegah akuasatah. Tayar dengan tekanan angin yang kurang menyebabkan ia menjadi lembik dan air susah untuk dikeluarkan daripada alur tayar.

Periksa tekanan angin tayar sebelum melakukan perjalanan dan pastikan keempat-empat tayar kenderaan mempunyai tekanan angin yang mencukupi.

Tanda-Tanda Kenderaan Anda Mengalami Akuasatah:

1. Meter RPM akan menjadi tinggi dan enjin mengeluarkan bunyi yang kuat.
2. Roda stereng menjadi ringan.
3. Bahagian belakang kereta mula hanyut.

Cara Mengatasi Akuasatah

Disenaraikan beberapa cara mengatasi situasi akuasatah seperti berikut:

1. Elakkan memandu dengan kelajuan tinggi apabila anda merentasi kawasan permukaan berair dan pastikan anda meredah banjir dengan gear rendah.
2. Segera gantikan tayar baharu jika anda mendapati tayar kenderaan telah haus atau botak.
3. Pastikan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan angin tayar sebelum memandu kereta agar ia berfungsi secara optimum. Periksa tekanan angin bagi keempat-empat tayar adalah selaras mengikut saranan pengeluar.
4. Tekan brek secara perlahan apabila berlaku akuasatah agar anda dapat mengawal kereta dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!