Sukan dan Riadah Cuti Sekolah

District 21

Dengan lebih 10 aktiviti menarik, pasti ada sesuatu untuk anda cuba di sini! Merangkumi ruang 70,000 kaki persegi yang menakjubkan, taman sukan dan riadah ini menempatkan beberapa tarikan seperti memanjat tembok, slaid, trampolin dan simulasi free fall. Jika anda mahukan yang lebih mencabar, cuba Roller Glider dan Sky Trail untuk menguji ketahanan. Anda juga boleh mengambil pas pemerhati jika sekadar mahu menonton sahaja. Tingkat 1, IOI City Mall, Putrajaya

Camp5

Dengan lebih 500 laluan pendakian dan batu-batu besar, kemudahan pendakian dalaman di Camp5 dianggap sebagai yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara. Ini termasuk seperti Highball Wall, Boulder Cave, Sentinel Wall dan  Pro Wall setinggi 20 meter. Tidak hanya terhad untuk pendaki yang berpengalaman kerana mereka yang tidak pernah melakukannya juga dapat turut serta. 1 Utama Shopping Centre

SuperPark, Avenue K

Berkeluasan  40,000 kaki persegi dengan menawarkan lebih 25 aktiviti. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall. Dari rush adrenaline seperti SuperClimb, Skate dan Scoot World, sehinggakan aktiviti asas sukan (Baseball dan SuperPinball), sukan berasaskan pasukan (Street Soccer dan SuperBall) atau permainan interaktif (i-Wall dan Valo Jump) sesuai untuk semua peringkat umur. Aras 4, Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur

Jump Street Trampoline Park

Bersedialah untuk melompat, melantun dan jatuh. Taman permainan urban yang menakjubkan ini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak, dengan pelbagai kemudahan disediakan seperti rangkaian trampolin dan lubang yang dipenuhi ribuan kiub lembut. Terdapat kawasan untuk aktiviti bebas dan pemain skateboard mempamerkan kemahiran. Jika merancang untuk ke JumpStreet, buatlah tempahan secara dalam talian terlebih dahulu bagi mengelakkan kehabisan tiket. Berdekatan Jaya One, Seksyen 13, Petaling Jaya

Laser Battle Kuala Lumpur

Mengapa hanya sekadar menonton filem aksi blockbuster Hollywood yang melibatkan pertempuran laser sedangkan anda boleh menjadi sebahagian daripada aksi tersebut? Laser Battle memberi anda pengalaman interaktif bertempur dalam peperangan simulasi. Pemain akan dibekalkan dengan pistol phaser dan dibahagikan kepada dua pasukan untuk bermain selama 10 minit. Ia sama dengan paintball tetapi tidak menyakitkan jika terkena tembakan! Aras 7, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

Hauntu Malaysia

Menggabungkan aktiviti interaktif, persembahan teater dan rumah hantu. Tetamu boleh berinteraksi dengan peserta lain dalam menyelesaikan misi misteri sebuah hotel. Bayangkan anda seorang pelakon dalam satu set filem seram dan anda akan dapat gambaran kasar mengenai permainan ini.  Boleh dimainkan secara berseorangan atau berkumpulan sehingga 10 pemain yang akan mengambil masa kira-kira 90 minit. Ia adalah konsep yang pertama seumpamanya di Malaysia. The LINC KL, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

AirRider

Terjun dari pesawat dan berterbangan di udara seperti idea menyeronokkan tetapi ada risikonya. Mereka yang takut pada ketinggian atau lemah jantung tidak digalakkan sama sekali. Bagaimanapun kini anda boleh mencuba dan merasai pengalaman itu kerana AirRider adalah simulasi skydiving dalam bangunan di mana semua orang dapat menikmati keseronokan terbang di dalam terowong angin yang dikelilingi kaca. Jangan bimbang jika anda bukan seorang pakar skydiving, kerana tenaga pengajar akan membimbing anda cara yang betul. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya

Escape Room

Escape Room adalah permainan melepaskan diri interaktif di mana anda dan rakan perlu menyelesaikan teka-teki dalam had masa ditetapkan. Boleh dimainkan oleh dua hingga enam orang dalam satu pasukan, dengan bilik bertema seperti The Vampire Chronicles, Safari Jungle dan The Haunted House tersedia untuk diterokai. Berjaya Times Square dan eCurve

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!