Panduan Memandu Ketika Musim Banjir

Kita sekali lagi melalui sesi cuti persekolahan hujung tahun dan musim tengkujuh serentak. Hujan lebat kerap melanda seluruh negara dan mengakibatkan banjir di merata tempat khususnya kawasan rendah dan tebing sungai.

Di kawasan perbandaran, hujan lebat yang ekstrem mengakibatkan banjir kilat yang buruk serta kerosakan kenderaan mahupun kemudahan awam dan infrastruktur.

PRIHATIN terpanggil untuk sama-sama menyebarkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil demi menyelamatkan nyawa serta menghindarkan kerugian harta benda.

Pemandu diingatkan supaya tidak memandang rendah akan betapa bahayanya meredah air banjir walaupun yang cetek. Meredah kawasan banjir dengan sengaja merupakan satu kecuaian dan pengguna kenderaan SPANCO perlu menanggung kos kerosakan jika ini berlaku.

Berikut disenaraikan beberapa langkah penting untuk panduan memandu ketika musim banjir.

  • Peka terhadap cuaca semasa dan persekitaran serta prihatin dengan kereta di bawah jagaan.
  • Awasi dan kenalpasti lokasi yang kerap ditenggelami air terutama di kawasan pembinaan dan berhampiran sungai.
  • Awasi lopak air di sepanjang perjalanan yang boleh menyebabkan ‘aquaplaning’ iaitu apabila tayar tidak lagi mencengkam permukaan jalan akibat biasan air yang tidak sempurna.
  • Jika hujan lebat berterusan, alihkan kereta ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.
  • Jangan sekali-kali meredah jalan yang dinaiki air. Berpatah balik adalah pilihan yang lebih tepat, bijak dan selamat. Meredah kawasan banjir dengan sengaja adalah satu kesilapan dan pelanggan perlu menanggung kos kerosakan jika ini berlaku.
  • Jangan pandang remeh kedalaman air yang sedang naik kerana paras air serendah 0.5 kaki pun sudah cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta kecil. Meredah air yang mengalir boleh menyebabkan tayar kereta hilang cengkaman dan pemandu hilang kawalan.
  • Jika kereta ditenggelami air, jangan sekali-kali cuba menghidupkan enjin kerana ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih buruk.
  • ‘Hydrolock’ berlaku apabila air memasuki kebuk pembakaran lalu menyekat enjin daripada berfungsi. Apabila enjin mengalami kegagalan, kereta tidak boleh bergerak langsung dan pemandu akan terperangkap. Jika ini berlaku, minta bantuan orang ramai untuk menolak kereta keluar dari dalam banjir.
  • Jangan biarkan kereta yang terkandas terendam terlalu lama. Segera hubungi SPANCO di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-6999, atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO untuk bantuan.

Jika terpaksa juga mengharungi air:

  • Hanya lakukan jika sudah benar-benar terpaksa serta tiada pilihan lain. Jangan sekali-kali meredah banjir jika kita tidak tahu  kedalaman air yang akan diharungi. Seboleh-bolehnya, cari jalan alternatif.
  • Beri laluan kepada kenderaan berat untuk melepasi kawasan itu terlebih dahulu. Ini  membolehkan anda membuat anggaran dengan melihat paras air pada tayar kenderaan tersebut.
  • Sekiranya paras air di bawah satu kaki, anda boleh meneruskan pemanduan tetapi hendaklah dengan perlahan pada kelajuan yang konsisten bagi mengelak hilang kawalan.
  • Gunakan gear rendah dan jangan memandu laju kerana boleh menyebabkan enjin basah.
  • Jangan melepaskan pedal minyak dan terus memandu perlahan sehingga melepasi kawasan banjir. Jika kaki dilepaskan dari pedal minyak sebelum melepasi air, dikhuatiri boleh menyebabkan air tersedut masuk ke dalam enjin melalui ekzos.
  • Sebaik sahaja melepasi jalan yang dinaiki air, jangan terus memecut kerana sistem brek masih tidak berfungsi dengan baik berikutan permukaan lapik brek yang basah.
  • Teruskan perjalanan pada kelajuan yang rendah dan stabil dengan mengambil kira permukaan jalan yang basah dan licin.

Sekali lagi diingatkan, panduan dan tindakan ini hanya jika anda tiada pilihan lain bagi mengelakkan terperangkap dan mengalami situasi yang lebih berbahaya.

Awas! Air yang mengalir boleh membunuh jika anda dalam kenderaan yang dihanyutkan ke dalam sungai atau longkang besar. Ini mungkin boleh terjadi kerana air yang mengalir setinggi 0.5 kaki sudah memadai untuk menghanyutkan sebuah kereta kecil.

Pada situasi yang lebih terkawal atau tidak mendesak, anda dinasihatkan berhenti dan jangan cuba redah jalan yang sedang dinaiki air. Tunggu sehingga air surut atau berpatah balik ke arah dari mana anda datang adalah lebih selamat.

Ingat! Kereta boleh dibaiki tetapi nyawa tidak boleh diganti.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!