Kekalkan Prestasi Enjin Kereta Pada Kecekapan Tinggi

Enjin umpama jantung kenderaan yang perlu beroperasi dengan baik, justeru perlu dijaga dan diperiksa dengan kerap untuk memastikan ia berjalan lancar.

Pemeriksaan umum boleh dilakukan bagi mengesan sebarang masalah awal yang dapat ditangani sebelum kerosakan yang lebih serius berlaku.

Terdapat beberapa bahagian dan mekanisme penting yang memerlukan pemeriksaan mingguan, jika tidak pun, setiap bulan. Jika anda melakukan pemeriksaan secara teratur, di samping menghantar kenderaan untuk diservis secara berjadual apabila tiba masanya, enjin kereta anda pastinya boleh bertahan lebih lama dan beroperasi pada tahap optimum.

Kebersihan Enjin

Enjin menggunakan oksigen untuk membakar bahan api di dalam kebuk pembakaran umpama  bernafas sama seperti manusia. Justeru, penting untuk memeriksa penapis udara kenderaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih.

Enjin memerlukan bekalan aliran udara berterusan untuk berfungsi  dengan cekap. Selain bahan api, udara adalah bahan asas dalam sistem pembakaran  sekaligus  udara perlu masuk ke dalam enjin tanpa sebarang halangan.

Imbas penapis udara dan periksa bahawa ia bebas daripada habuk, kotoran dan benda-benda asing yang kecil. Tukar dengan penapis yang bersih atau baharu jika perlu.  Adalah disarankan supaya penapis udara ditukar pada setiap jarak perbatuan 40,000 kilometer (km).

Penukaran Minyak Enjin

Untuk memastikan enjin yang bersih, minyak enjin  (juga dikenali minyak pelincir atau minyak hitam) turut memainkan peranan.  Penukaran minyak enjin secara berkala adalah asas penjagaan kereta.

Minyak enjin melincirkan bahagian-bahagian dalam enjin, bagi menghalang komponen daripada terlalu panas serta mengurangkan haus dan lusuh.

Jika anda melengahkan penukaran minyak enjin pada jarak perbatuan terlalu jauh, ini boleh mengakibatkan kerosakan enjin yang serius dan kekal yang mungkin tidak boleh diperbaiki atau memerlukan rombak rawat yang menelan kos serta masa.

Terdapat beberapa spesifikasi dan jenis minyak enjin seperti sintetik sepenuhnya, semi-sintetik dan mineral.  Kebanyakan pengeluar kenderaan menyarankan penukaran pada setiap 10,000 km atau 6 bulan yang mana terdahulu, bagi minyak enjin sintetik penuh.

Sistem Penyejukan Enjin

Sistem penyejukan pada enjin membantu mengekalkan suhu dalaman enjin dan mengenyah keluar lebihan haba daripada enjin.  Sistem penyejukan mengandungi beberapa komponen seperti radiator, termostat, pam air, kipas dan cecair penyejuk (coolant).

Sistem penyejukan tidak boleh diabaikan sama sekali terutama apabila anda merancang perjalanan jauh. Cara mudah untuk menjaga dan melindungi enjin daripada suhu melampau adalah  memastikan tahap cecair penyejuk radiator yang mencukupi.

Sentiasa pastikan tahap penyejuk radiator di atas paras minimum pada tangki simpanan tetapi di bawah paras maksimum untuk mengelak kebocoran.

Cecair penyejuk yang terlalu lama akan merosot dan hilang keupayaan untuk melindungi enjin dan radiator. Jika ia berwarna keruh dan kotor, ini petanda ia perlu dicuci keluar (flushing) daripada radiator dan digantikan dengan yang baharu.

Kebanyakan pengeluar menyarankan supaya cecair penyejuk ditukar setiap 60,000 km. Penggunaan cecair penyejuk yang baik dapat memanjangkan jangka hayat enjin. Penjagaan sistem  penyejukan yang sempurna secara berkala adalah jauh lebih berbaloi berbanding kesulitan yang dialami akibat kerosakan yang berpunca daripada enjin yang terlampau panas.

Penapis Nahan Api

Penapis bahan api memainkan peranan untuk memastikan suntikan bahan api yang bersih ke dalam enjin. Ini melindungi enjin daripada pengumpulan deposit yang merosakkan selain menghalang kehadiran benda asing dalam sistem bekalan bahan api.

Penapis bahan api menyekat  sebarang partikel yang tidak diingini daripada terbentuk dan merosakkan enjin. Penapis bahan api perlu diganti bagi memastikan bahan api mengalir ke dalam enjin dengan cekap untuk prestasi enjin yang lancar.

Palam Pencucuh

Palam pencucuh berfungsi untuk memercikkan api pada detik yang tepat bagi meledakkan campuran bahan api dan gas di dalam kebuk pembakaran enjin kereta. Ledakan inilah yang menolak omboh (piston) dan menghasilkan daya pergerakan.

Setelah lama digunakan, lapisan karbon pada palam pencucuh boleh terbentuk yang berpunca daripada pengumpulan sisa gas dan bahan api yang tidak terbakar dengan sempurna. Ini akan mengurangkan prestasi enjin dan menyukarkan enjin untuk dihidupkan.

Kebanyakan pengeluar kenderaan menyarankan supaya palam pencucuh ditukar setiap 48,000 km. Bagaimanapun jadual ini bergantung kepada jenis palam pencucuh dan enjin.

Tanda-tanda berikut memberi amaran bahawa palam pencucuh tidak berfungsi dengan optimum dan perlu diperiksa atau ditukar baharu:

  • Enjin sukar dihidupkan pada waktu pagi.
  • Bunyi ‘ketukan’ atau berdetar pada enjin.
  • Salah cetusan (misfiring) pada enjin ketika  memandu menyebabkan kelajuan menjadi tersenggut-senggut.
  • Daya pecutan berkurangan.
  • Penggunaan bahan api  meningkat akibat pembakaran yang tidak sempurna.

Jika anda mengalami masalah di atas, sila maklumkan kepada pusat servis dengan segera. Penukaran palam pencucuh dan komponen enjin yang lain pada tempoh disarankan pengeluar adalah servis cegahan yang dilaksanakan di SPANCO iaitu dengan menggantikannya sebelum ia rosak.

Penggunaan alat ganti kereta tulen dan penyenggaraan secara berkala mengikut jadual adalah perlindungan terbaik daripada kerosakan dan kemalangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!