Songket Bali & Sarawak

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari, dalam usaha mengangkat dan memartabatkan warisan songket Melayu ke persada lebih tinggi. Bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada terbanding nilainya ini, Prihatin mempersembahkan 12 koleksi songket sepanjang 2019 iaitu dua koleksi warisan songket pilihan dalam setiap keluaran.

Pada edisi pertama, Prihatin memaparkan songket Kelantan dan Terengganu manakala edisi kedua, songket Pahang dan Acheh. Edisi ketiga ini, Prihatin menampilkan songket Bali dan Sarawak.

Songket Bali

Wastra ialah panggilan songket di Bali khusus untuk acara adat. Koleksi wastra yang dipaparkan kali ini ditempah dari perajin (atau tukang seni) Badung oleh Bapak Agung Rai, seorang penggiat seni Indonesia.

Wastra dikelaskan kepada tiga jenis iaitu bertuah, adat dan perkahwinan. Kebanyakan songket tenun Bali asalnya ditenun dengan benang emas atas tanah sutera tetapi semakin lama ditambah songket benang pelbagai warna di atas tanah natar.

Teknik tenun wastra masih menggunakan tenun gedongan. Justeru, tera lebih pendek daripada  kain kek Melayu (iaitu mesin tenun Melayu). Motif utama badan kain ialah siku keluang dengan potong wajik. Motif-motif lain yang bertabur ialah daun, ulangan kuntum serta potong wajik berskala kecil. Pada kaki kain pula menampilkan motif ulangan bunga kerawang, daun dan bunga cermai. Motif punca kain ialah daun berjuang dipisahkan antara pokok juang oleh tepung talam. Motif bertabur di atas tanah ialah bunga cermai, tampuk buah kesemak, cermai berskala kecil serta cengkih.

Songket Sarawak

Sarung songket Sarawak yang dipaparkan ini adalah hasil tenunan Kumpulan Tenunan Wanita di Kuching.

Di Sarawak, orang dahulu memanggil songket sebagai  ‘kain’ yang dikenali sebagai  ‘kain belatak’, ‘kain penakan’, ‘kain Berunei’ dan ‘kain berturus’. Ia ada kaitan dengan peranan Brunei yang menghantar pasukan mengajar rakyat di bawah jajahannya untuk menenun dan menyungkit.

Motif dan warna kain songket Brunei, Sarawak dan Sambas mempunyai banyak persamaan. Contohnya, songket Sambas dan Sarawak kebanyakan menampil warna kuat seperti merah Melayu, jingga, ungu, pulasan dan merah darah.

Motif yang sering digunakan ialah corak pucuk rebung dan bunga bertabur. Ada dua jenis motif pucuk rebung songket Sambas iaitu pucuk rebung bunga pasak dan pucuk rebung bunga bintang (bunga pecah lapan). Status kain lebih tinggi jika ada bunga pecah lapan.

Apa yang bitara mengenai kain songket Sarawak ialah penggunaan kaedah tapok iaitu menyembunyikan benang lebih di belakang kain. Justeru benang kain di belakang sangat kemas.

Struktur kain

Ada dua jenis kain dipaparkan untuk 12 koleksi dalam Majalah PRIHATIN iaitu kain (kain lepas atau kain samping) dan selendang. Struktur kain dan selendang ditunjukkan dalam Rajah A dan B (Norwani Mohd Nawawi.2007, Haziyah Hussein 2006):

Rajah A – Kain samping

Keterangan:

  • Badan kain.
  • Kepala kain.
  • Tepi kain / kaki kain.
  • Kapit.
  • Tanah kain.

Rajah B – Selendang

Keterangan:

  • Badan kain.
  • Tepi/kaki kain.
  • Tanah kain.
  • Punca kain.
  • Kapit.
  • Tepi/kaki punca.
  • Kendik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!