Lokasi Selera Berbuka Puasa

Sana’a Restaurant @ Cyberjaya

Menghidangkan resipi asli Arab dan Yemen seperti Nasi Kabsah, Nasi Mandy, Kebab Kambing dan bermacam-macam lagi.

Nasi Arab ini dikatakan antara yang terbaik dengan berasnya yang wangi dan unik. Boleh menampung sehingga 300 pelanggan pada satu masa.

Harga promosi bufet Ramadan adalah RM39.90. Ringkasnya,  murah tetapi dijamin sedap.

No.13, Aras G, LKR Cyberpoint, Barat Neo Cyber, 63000 Cyberjaya

Polperro Steak House

Peminat menu Western jangan terlepas untuk mencuba juadah  di Polperro Steak House.

Terdapat beberapa cawangan di Shah Alam selain di Klang dan di Seremban. Dengan harga RM39.90 seorang, menu menarik di sini termasuk Chicken Chop Black Pepper, Lamb Chop, Fish Tempura dan Meatballs BBQ. Ais Kepal Coklat pun ada. Sesuai untuk berbuka puasa  bersama keluarga.

Cawangan Polperro, Seksyen 7 Shah Alam, No. 2 Jalan Kristal J7/7, 40000 Shah Alam

Cafe D’Istana Jalamas @ Istana Budaya

Dengan harga serendah RM49.90 seorang, nikmati juadah cukup menyelerakan pada harga berpatutan.

Menampilkan lauk-pauk masakan kampung dan pencuci mulut tradisional. Masakan istimewa di sini adalah Ayam Masak Hitam, Ayam Masak Lemak, Mango Salad dan Sambal Fishballs. Berbuka dalam suasana selesa bersama rakan mahupun keluarga.

Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur

Golden Valley @ TTDI

Gemar masakan Cina dan makanan laut?

Jom berkunjung bersama keluarga ke Golden Valley! Menggunakan bahan-bahan masakan halal lagi segar yang diborong dari masyarakat setempat. Tiada MSG dalam penyediaan hidangan.

Dengan harga serendah RM48 seorang, menu menarik yang disediakan di sini termasuk Nasi Goreng Telur Masin, Mi ala Kantonis, Ayam Kung Pao dalam bakul keladi dan beraneka hidangan Tofu.

LGB Tower, 1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Promenade @ Garden Residence, Persiaran Utara

63000 Cyberjaya

Restoran Rebung Chef Ismail

Menawarkan lebih 90 jenis makanan sepanjang Ramadan pada harga RM84.80 seorang. Sesuai dengan temanya, hampir semua masakan berbuka puasa adalah sajian desa kegemaran ramai.

Signature di sini semestinya Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak.

5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Dewan Banquet Astana Cyberjaya @ Cyberjaya

Menyediakan sajian masakan Asia Tenggara. Menu teristimewa di sini termasuk Kambing Golek dan Ayam Golek.

Hidangan bufet lebih 80 sajian, pilihan air lebih 10 jenis, pelbagai jenis kuih-muih tradisional, beraneka jenis pencuci mulut dan lebih 10 konsep warung pelbagai menu.

Tempat letak kereta percuma dan surau disediakan.

Anda boleh menikmati bufet Ramadan di sini pada harga RM68 seorang dengan potongan istimewa pada minggu-minggu tertentu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!