Proton Persona Premium Baharu Menggantikan Proton Prevé

Proton Persona (2019) facelift yang dilancarkan baru-baru ini bakal diperkenalkan ke dalam fleet SPANCO bagi  menggantikan model Proton Prevé yang telah ditamatkan pengeluarannya.

Pelanggan SPANCO akan menerima kereta-kereta tersebut sama ada dalam warna perak (Armour Silver) atau hitam (Jet Grey), iaitu warna rasmi bagi kereta rasmi Kerajaan Persekutuan.

Dari segi prestasi, pelanggan SPANCO  boleh mengharap tahap yang lebih baik daripada Proton Persona 1.6 CVT Premium berbanding Prevé 1.6 CVT Premium kerana ia memiliki ciri-ciri penambahbaikan (seperti dihuraikan dalam artikel ini) dengan kerjasama Geely.

Sementara itu, tampil ke pasaran dengan reka bentuk lebih sporty dan segar, Proton Persona (2019) facelift meneruskan legasi model SUV pertama Proton, X70 dengan beberapa perubahan ketara pada ciri elektronik dan rekaan luaran selain pengurangan bunyi bising, kasar dan gegaran (NHV – Noise, harshness and vibration). Menurut Proton, Persona facelift ini menerima 303 peningkatan baharu.

Antaranya, bentuk kemasan jeriji depan diilhamkan daripada ‘Ethereal Bow’ (Busur Awang-Awang) yang diperkenalkan kali pertama pada Proton X70. Manakala jeriji radiator menggunakan paten ‘Infinity Weave’ (Sulaman Infiniti) kini menjadi signature baharu Proton.

Proton Persona (2019) facelift turut didatangkan dengan reka bentuk lampu kabus LED baharu yang membuat penampilan sedan ini lebih anggun dan begitu juga bentuk bampar depan baharu.

Bampar belakang tampil ringkas dan sporty dengan tiada lagi lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘PROTON’ seperti tertera pada X70.

Model dipertingkat ini juga dipasangkan rekaan rim aloi 8-jejari bersaiz 15-inci, manakala antena ditukar daripada bentuk konvensional kepada antena sirip jerung.

Lebih menarik, unit infotainmen Proton Persona (2019) facelift turut diberi nafas baharu menerusi paparan skrin berwarna yang dibangunkan Proton dan ECARX (sebuah syarikat teknologi di bawah Geely) dengan ciri penghubungan termasuk fungsi arahan suara ‘Hi Proton’ – sama seperti X70 dan Iriz 2019. Ini  sekaligus menjadikan Proton Persona (2019) facelift sebagai sedan segmen-B pertama Proton yang memiliki ciri sedemikian.

Pengguna boleh mengakses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini. Ini membolehkan pemandu kekal fokus memandang ke arah jalan raya sambil membuat carian kompleks untuk ke mana-mana destinasi atau memilih lagu, membantu memastikan mereka tidak terganggu semasa memandu. Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.

Selain itu, pedal gear juga baharu sama seperti X70. Kerusi turut diperbaharui dengan fabrik bertekstur. Begitu juga warna butang kawalan penyaman udara berubah kepada putih.

Proton Persona (2019) facelift turut didatangkan dengan paparan meter baharu bersama Paparan Multiinfo (MID) warna penuh. Butang kawalan ‘Mode’ yang pada asalnya di kanan stereng kini digantikan dengan butang arahan suara ‘Hi Proton’.

Dari aspek mekanikal, tiada sebarang perubahan enjin mahupun transmisi dilakukan. Ia masih kekal sama dengan dijana enjin 1.6 liter VVT berkuasa 107hp dan tork maksimum 150Nm, digandingkan dengan kotak gear sama ada 5-kelajuan manual atau CVT automatik. Namun menurut Proton, mereka telah melakukan talaan semula pada enjin, kotak gear CVT dan brek bagi meningkatkan ekonomi bahan api, tahap kesenyapan dalam kabin serta kuasa membrek.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!