Jangan Abaikan Saman Anda!

Saban tahun, jumlah saman tertangguh dari pengguna dan pemandu fleet SPANCO semakin meningkat dan ini antara isu paling utama SPANCO. Setakat Disember 2017, dilaporkan sejumlah 54,408 saman PDRM, 11,840 saman majlis-majlis perbandaran dan 12,816 saman JPJ yang melibatkan fleet Kerajaan Persekutuan di bawah seliaan SPANCO, belum dibayar atau diselesaikan.

Peningkatan saman tertangguh dari tahun ke setahun adalah berikutan jumlah saman baharu yang diterima lebih besar dari jumlah yang diselesaikan. Pada 2017 contohnya, jumlah saman baharu adalah sebanyak 14,861 namun hanya 10,077 sahaja yang dibayar oleh pengguna mahupun pemandu.

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013, jelas menyebut bahawa pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan mahupun pihak-pihak lain, jika kesalahan dilakukan oleh pemandu.

Justeru, saman anda adalah tanggungjawab anda! Saman tertunggak hanya akan menyukarkan urusan anda di suatu hari kelak. Ambil iktibar dengan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan dan selesaikanlah saman anda dengan segera.

Pekeliling Perbendaharaan – Notis Kesalahan Lalu Lintas/Saman

Berikut adalah petikan perenggan mengenai notis kesalahan lalu lintas di dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan:

26. Pemandu Kenderaan Kerajaan hendaklah mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan lalu lintas.

27. Pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak-pihak lain) jika kesalahan dilakukan oleh pemandu.

28. Sekiranya sesuatu kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pemandu atas arahan pegawai pengguna, maka pegawai tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman tersebut dengan syarat arahan untuk melakukan kesalahan berkenaan hendaklah dicatat dalam Buku Log dan disahkan oleh pegawai pengguna.

(Sumber: Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 bertajuk Pengurusan Kenderaan Kerajaan)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!