SPANCO Tingkatkan Khidmat Lepas Jualan

Divisyen Khidmat Selepas Jualan SPANCO akan melaksanakan satu inisiatif yang dinamakan SPANCO Smart Partnership Centre (Pusat Rakan Kongsi Pintar SPANCO) di peringkat negeri dan wilayah dengan kerjasama Wakil Servis Proton Edar (PESD) terpilih dan akan bermula seawal Mac 2019.

Inisiatif ini adalah antara program yang dirancang oleh Divisyen Khidmat Selepas Jualan SPANCO bagi mempercepatkan lagi proses dan tempoh pembaikan sesebuah kereta terutama yang melibatkan pembaikan rombak rawat dan baik pulih akibat kemalangan.

Setakat ini, SPANCO telah mengenal pasti beberapa PESD yang akan menggerakkan program Pusat Rakan Kongsi Pintar ini di seluruh negara. Antara ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan kapasiti bengkel, tenaga kerja, kemahiran dan pengalaman menyenggara kenderaan milikan SPANCO.

Kembangkan PSD

Divisyen Khidmat Selepas Jualan SPANCO juga akan mengembangkan rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dengan melantik sebuah PSD yang baharu di Kuala Terengganu bagi kerja-kerja baik pulih badan kenderaan dan di Kemaman (kerja-kerja servis dan baik pulih) di Terengganu selain Kuala Selangor, Selangor (servis dan baik pulih) serta Sandakan, Sabah (baik pulih). Namun demikian, ianya tidak hanya tertakluk kepada kawasan-kawasan ini sahaja kerana SPANCO akan terus membuat lantikan PSD yang baharu jika terdapat keperluan.

Ketika ini, SPANCO mempunyai lebih 217 PSD di seluruh negara yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja servis dan pembaikan termasuk baik pulih untuk fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan.

Pemeriksaan Keselamatan Percuma

SPANCO juga menawarkan pemeriksaan keselamatan percuma untuk penjawat awam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari hingga 3 Februari 2019 lalu. SPANCO sekali lagi akan menawarkan pemeriksaan serupa pada 28 Mei hingga 1 Jun 2019 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Divisyen Khidmat Selepas Jualan menganjurkan program tersebut sebagai inisiatif untuk mengeratkan lagi hubungan baik dengan penjawat awam terutama yang berada di Lembah Klang iaitu mereka yang tidak berurusan secara langsung dengan SPANCO.

Pemeriksaan tersebut juga untuk memastikan kereta milik penjawat awam berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu ketika musim perayaan. Pada masa sama, SPANCO menggunakan ruang dalam program itu untuk memberikan maklumat mengenai alat ganti yang melibatkan keselamatan kenderaan serta pengguna kenderaan.

Tambahan Kereta Gantian Sementara

Sementara itu, SPANCO juga telah menambah kereta gantian sementara untuk pengguna Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) yang melibatkan tambahan sebanyak 6 unit kereta Proton Perdana menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 56 unit.

Penambahan bilangan kereta gantian sementara atau kereta tunggu sedia adalah bertujuan memberi lebih kemudahan kepada pelanggan jika berlaku tempoh penyenggaraan atau pembaikan melebihi tempoh yang dipersetujui dalam Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA).

Anugerah PSD dan LO Cemerlang

SPANCO turut meneruskan program Anugerah Pusat Servis Diiktiraf Cemerlang dengan menawarkan ganjaran penghargaan kepada PSD di mana markah menentukan penerimanya berdasarkan kemudahan bengkel sebanyak 20 peratus manakala 80 peratus melalui bancian kepuasan pelanggan.

Penghargaan juga disediakan untuk Pegawai Perhubungan (LO) di jabatan dan kementerian melalui anugerah Best Vehicle Inspection Health Check. Kedua-dua ganjaran ini adalah untuk menghargai PSD dan LO yang memberikan perkhidmatan dan penjagaan terbaik kepada pelanggan dan kereta milikan SPANCO.

VIMS

Selain itu, SPANCO turut memperkasakan integriti ke atas kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, di mana pihak penyiasat bebas iaitu VIMS (Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan) telah dilantik untuk melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan kemalangan yang telah dibaikpulih oleh PSD.

Pasukan penaksir tuntutan yang berkecuali itu akan membuat penilaian terhadap setiap kereta SPANCO yang terlibat dengan kemalangan selain memastikan penggantian alat ganti adalah menggunakan alat ganti yang tulen serta menentukan alat ganti ditukar seperti yang diluluskan oleh pihak syarikat insurans.

Penukaran Beg Udara

Seterusnya, SPANCO sedang giat melakukan kerja-kerja penukaran beg udara kereta Proton Perdana Generasi Kedua. Arahan penukaran beg udara di bahagian penumpang depan itu diterima daripada Proton yang melibatkan semua pengeluaran model Proton Perdana Generasi Kedua bermula tahun 2013 sehingga pengeluaran bertarikh 31 Ogos 2018 lalu.

Penukaran beg udara itu dilakukan di Pusat Servis Wilayah (PSW) Bangi dan PSW Batu Caves untuk kereta yang berada di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi kereta yang berada di negeri lain, penukaran beg udara boleh dilakukan di Cawangan Servis Proton Edar terpilih di seluruh Malaysia. Semua proses penukaran beg udara ini dijangka selesai pada 30 April 2019 dan melibatkan 4,600 unit kereta fleet serta kereta yang dibeli melalui pembelian selepas bersara oleh pegawai-pegawai JUSA.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!