Program Pembaikan Kenderaan Banjir Kerjasama ILPKL Dan SPANCO

Kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) dengan SPANCO bagi melaksanakan program kerja baik pulih kenderaan SPANCO yang telah terkesan dalam bencana banjir telah berlangsung pada 5 Januari hingga 31 Januari 2023 yang lalu.

Program ini telah melibatkan seramai 10 orang pelajar Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk memberi pendedahan mengenai situasi sebenar alam pekerjaan apabila telah tamatnya pengajiannya kelak di ILPKL.

230126Spanco-0039e

Program yang telah berlangsung selama 27 hari di Pusat Servis Wilayah SPANCO Batu Caves itu telah berjaya membaiki sebanyak 11 buah kenderaan yang terdiri daripada 5 buah model Proton X70 , sebuah Proton Perdana 2.4L, empat buah Proton Preve 1.6 Premium dan sebuah Proton Preve 1.6 MPV.

230126Spanco-0090e

Menurut Encik Norhakim Bin Sawap, Penolong Pengurus, Pusat Servis SPANCO Cawangan Batu Caves, sepanjang program ini dilaksanakan pelajar telah diberi perhatian, semangat dan bimbingan untuk menyelesaikan kerja pembaikan kerana ia merupakan latihan industri pertama mereka.

230126Spanco-0167e

Beliau juga menyatakan bahawa program kerjasama ini perlu diteruskan dan diperbanyakkan lagi selain dari kerja membantu pembaikan kenderaan banjir kerana ia boleh dijadikan sebagai satu platform yang baik demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berdaya saing.

230126Spanco-0051e

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!