Sistem IT SPANCO Dipertingkat Penuhi Keperluan Pelanggan

Komitmen memberikan kepuasan dan khidmat terbaik kepada pelanggan, mendorong SPANCO meningkatkan mutu teknologi maklumatnya (IT). Bagi menjamin Kerajaan menikmati perkhidmatan yang cekap dan profesional, SPANCO telah membangunkan sendiri sistem teknologi maklumat bermula dengan SIKOM, Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu dan kini Fleet Management System.

Sesungguhnya pembangunan sistem IT SPANCO telah berkembang dengan amat memberangsangkan sekali dan SPANCO akan terus memperbaiki dan meningkatkan sistem teknologi maklumatnya dari masa ke semasa.

SIKOM

Satu sistem pengurusan aset dan fleet bersepadu dilaksanakan pada September 1996 yang menyatukan operasi kewangan, servis, insurans dan pajakan. Ia dikemaskinikan kepada SIKOM OPEN ENTERPRISE pada September 1999, bagi pematuhan tahun 2000 (Y2K).

SISTEM TEMPAHAN BAGI KERJA SERVIS DAN PEMBAIKAN

Pada April 2000, Sistem Tempahan Bagi Kerja Servis dan Pembaikan di Pusat Servis Wilayah, Segambut pula dikuatkuasakan. Ia merupakan salah satu kemudahan yang diintegrasikan di dalam sistem IT dan diuruskan oleh Bahagian Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) di SPANCO.

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN FLEET BERSEPADU

Sistem ini dibangunkan pada Mei 2007, berikutan dengan pertambahan jumlah fleet. Satu sistem yang berorientasikan perkhidmatan dan menggabungkan pelbagai kemudahan, ciri dan modul yang berintegrasi sepenuhnya.

FLEET MANAGEMENT SYSTEM (FMS)

Sistem terkini yang lebih sistematik yang dibangunkan pada September 2012 bagi menggantikan Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu.

ASC e-approval

ASC e-approval pula adalah satu modul dalam Sistem Pengurusan Fleet Bersepadu dan FMS yang menggabungkan maklumat lengkap pengguna, kenderaan dan sejarah penyenggaraan. Mula dilaksanakan pada Jun 2008, ia membolehkan Pusat Servis Diiktiraf (PSD) mendapatkan kod kelulusan secara dalam talian dalam masa sebenar.

PORTAL FLEET ONLINE

Portal ini dikemaskini pada April 2009 disediakan khusus untuk pelanggan bagi menggantikan portal dalam talian sebelum itu. Ia membolehkan pelanggan melihat setiap kereta atau kumpulan kereta yang dipajak dan maklumat yang berkaitan melalui perkhidmatan berasaskan web.

Pelanggan boleh melihat maklumat terkini kenderaan masing-masing antaranya seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan dan tahap ketersediaan dalam masa sebenar. Segala maklumat boleh dicapai pada bila-bila masa secara terperinci atau disaring mengikut keperluan melalui pautan skrin ke skrin yang dihubungkan terus ke sumber.

Kini, Dengan Wajah Yang Baharu

Terbaharu, SPANCO sedang mempertingkatkan Portal Fleet Online untuk menjadikan ia lebih mesra pengguna. Antara ciri-ciri tambahan yang akan dikemaskini adalah:

  • Halaman log masuk (login) Fleet Online yang diperbaharui.
  • Pemberitahuan segera (push notification) secara mingguan kepada pengguna fleet untuk memaklumkan status kereta dan memudahkan mereka memantau kenderaan mereka.
  • Menyerlahkan lagi reka bentuk portal agar lebih ceria dan menarik.
  • Memaparkan carta saman pada sudut yang jelas agar pegawai yang terbabit boleh melihat status kemajuan saman masing-masing dengan lebih mudah.

APLIKASI MOBIL SPANCO

Dilancarkan pada Januari 2017, pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Playstore dan App Store. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini tentang bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskinikan profil mereka. Malah, kini pelanggan juga boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Proton Edar di seluruh negeri melalui Aplikasi Mobil SPANCO.

Carta Garis Masa Pembangunan Sistem IT

Berikut adalah antara tarikh penting dalam sejarah pembangunan sistem teknologi maklumat di SPANCO:

  • Januari 1994 | Menggunakan sistem Car Fleet Control (CFC) berasaskan DOS.
  • September 1996 | Sistem pengurusan fleet berkomputer SIKOM dilaksanakan.
  • September 1999 | SIKOM dikemaskinikan kepada SIKOM OPEN ENTERPRISE.
  • April 2000 | Sistem Tempahan Bagi Kerja Servis dan Pembaikan di Pusat Servis Wilayah, Segambut dikuatkuasakan.
  • September 2001 | Sistem Elektronik Eksais (EES) yang memudahkan urusan pembayaran duti eksais kenderaan bermotor secara dalam talian dikuatkuasakan di mana SPANCO terbabit secara langsung.
  • Januari 2004 | Sistem Tempahan melalui khidmat pesanan ringkas SMS diperkenalkan.
  • Januari 2004 | SPANCO Workshop Floor System (SWFS) menjalani peringkat percubaan. Ia merekod dan memaparkan status terkini penyenggaraan sesebuah kereta bermula dari dihantar masuk ke pusat servis, sehinggalah diambil semula oleh pelanggan.
  • Mac 2005 | SMS Alert System, iaitu sistem pemberitahuan status pembaikan kereta secara automatik melalui SMS diperkenalkan.
  • Julai 2005 | SPANCO Fleet Online dilancarkan bagi menyediakan pelanggan kemudahan dalam menguruskan fleet mereka secara dalam talian.
  • Mei 2007 | Selaras pertambahan fleet, sistem perisian pengurusan fleet bersepadu yang baharu, mula beroperasi bagi menggantikan sistem yang lama.
  • Februari 2008 | Management Dashboard diperkenalkan khusus untuk pihak pengurusan. Dibangunkan sendiri oleh pasukan SPANCO, peralatan analisis ini memaparkan maklumat prestasi fleet dalam masa sebenar secara dalam talian.
  • Jun 2008 | ASC e-approval diuji secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.
  • September 2008 | ASC e-approval dilancarkan sepenuhnya.
  • April 2009 | Customer Dashboard diperkenalkan. Melalui paparan grafik yang mesra pengguna dan mudah difahami, pelanggan boleh mengetahui prestasi fleet mereka melalui Internet dalam masa sebenar.
  • Januari 2010 | ASC e-approval dikuatkuasakan sepenuhnya di semua PSD.
  • September 2012 | Fleet Management System (FMS) yang baharu dilancarkan.
  • Oktober 2012 | Kawalan dan kecekapan transaksi dipertingkatkan dengan pelancaran sistem ASC e-approval yang baharu.
  • November 2015 | Sistem Perkhidmatan Kiosk digunakan secara rasmi, bertujuan untuk mempercepatkan proses pendaftaran pelanggan di kaunter servis.
  • Januari 2016 | FMS 2.0 dilancarkan.
  • Januari 2017 | SPANCO Mobile App dilancarkan.
  • September 2017 | Pengguna boleh menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO untuk menempah temu janji servis di Pusat Servis Proton Edar di seluruh Malaysia.
  • Oktober 2017 | Peranti mudah alih mula digunakan oleh penasihat servis, menggantikan penggunaan ‘desktop’ bagi melancarkan lagi tugasan di Pusat Servis Wilayah melalui perantaraan tanpa wayar yang dihubungkan kepada FMS.
  • 2018 | Portal Fleet bakal berwajah baharu dari segi reka bentuk, informasi dan pemberitahuan segera (push notification).

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!