Teroka Keindahan Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman

Melihat sawah padi terbentang menghijau sejauh mata memandang, satu situasi yang hanya anda temui di negeri jelapang padi Kedah Darul Aman. Dalam pesatnya pembangunan Kedah, negeri pengeluar padi terbesar di Malaysia ini juga menyimpan banyak peninggalan sejarah dan lokasi menarik untuk dituju.

Lanskap berlatarkan gunung-ganang yang tersergam indah di persisiran pantai dan suasana desa yang indah dengan sawah padi terbentang luas serta alam semula jadi yang tidak tercemar pastinya mendamaikan percutian anda. Jom kita terokai antara yang menarik di negeri Kedah.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Terletak tidak jauh dari Puncak Gunung Jerai, di sini menempatkan sejarah Lembah Bujang yang dahulunya menjadi tempat persinggahan para pedagang Hindu dan Buddha. Anda boleh lihat banyak candi dan ribuan koleksi artifak yang membuktikan wujudnya perdagangan antarabangsa dan penyebaran agama Hindu dan Buddha sekitar kurun ketiga hingga ke-12 masihi.

Muzium Padi di Alor Setar

Terletak di kawasan Gunung Keriang, muzium ini dibina pada tahun 2014 dan merupakan muzium padi yang keempat dibuka di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Di sini pelbagai informasi mengenai tanaman padi dan kebudayaan serta tradisi penduduk petani dipamerkan. Yang menarik, pada aras paling atas, terdapat galeri lukisan yang membolehkan anda menikmati pemandangan sawah padi dengan hanya duduk di kerusi yang akan berpusing 360 darjah secara perlahan.

Galeri Rumah Kelahiran Tun Mahathir

Rumah kelahiran Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohammad yang menyimpan pelbagai maklumat mengenai kehidupan Tun Dr. Mahathir dari kecil sehinggalah sekarang. Terletak di Alor Setar, rumah papan dan bumbungnya dari daun nipah ini mempunyai satu bilik. Di dalamnya gambar-gambar Tun Dr. Mahathir dan keluarganya, juga perabot asal rumah yang masih dijaga dengan baik.

Gunung Jerai

Nyaman dan sejuk serta pemandangan yang indah berlatarkan hutan hijau sememangnya tepat untuk pencinta alam semula jadi. Pemandangan dari atas puncak gunung amat cantik dan setiba di Taman Rimba yang terletak di atas gunung ini terdapat banyak orkid yang tumbuh di sekitar. Di sini juga terdapat Air Terjun Puncak Janing yang merupakan air terjun empat peringkat terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai yang panjangnya 1.5km.

Kolam Air Panas di Ulu Lenggong Baling

Kolam ini dibuka 24 jam dan merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal di Kedah. Mempunyai lima buah kolam air panas yang mengandungi kandungan sulfur dengan suhu antara 30 hingga 60 darjah Celsius. Kandungan air panas semula jadinya dipercayai boleh mengubati penyakit kulit dan baik untuk kesihatan.

Ulu Muda Eco Park

Terletak di sempadan Kedah-Thailand, ia merupakan lokasi popular untuk aktiviti perkhemahan. Selain menikmati keindahan flora dan fauna yang menarik, anda juga boleh melakukan aktiviti memerhati burung dan jika bertuah anda boleh melihat burung kenyalang berterbangan di hutan ini. Anda juga boleh merasai pengalaman memungut madu lebah di sini.

Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai

Penat berjalan, anda boleh sahaja bersantai sambil mandi-manda di pantai yang merupakan antara destinasi paling popular di Kedah. Terdapat banyak kedai makan yang menyelerakan. Dari Pantai Merdeka anda boleh menaiki bot pelancong ke Tanjung Dawai dan menikmati makanan laut segar di restoran-restoran yang banyak di sini sambil menikmati pemandangan desa yang permai.

The Carnivall Water dan Land Theme Park di Sungai Petani

Terletak di Cinta sayang & Country Golf Resort, taman tema ini mula dibuka pada tahun 2006. Pelbagai aktiviti permainan boleh dilakukan bersama keluarga di sini antaranya mandi laut di kolam yang berombak di Kolam Ombak Buatan atau permainan aktiviti air di Discovery Island, River of Adventure dan Waterslide.

Pulau Langkawi

Pulau legenda yang menjadi destinasi paling popular di Malaysia. Selain melawat kesan peninggalan sejarah Mahsuri, di sini juga merupakan pusat membeli-belah bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan menarik pada harga murah. Pantai-pantai di Langkawi juga begitu indah dan anda juga boleh melihat burung-burung helang terbang bebas di awan.

Bukit Kayu Hitam

Salah satu destinasi menarik dan popular, sentiasa padat dengan pengunjung yang gemar membeli-belah. Terletak di sempadan Thailand memudahkan pelbagai barangan Thailand dijual di sini pada harga yang amat murah. Malah, aktiviti tawar-menawar juga masih boleh dilakukan jika ingin membeli barangan disini untuk mendapatkan harga yang anda inginkan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!