15 Julai 2023 – Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Tatacara Pengurusan Kenderaan Dan Komunikasi Berkesan Pemandu pada 14 Julai 2023 hingga 16 Julai 2023 bertempat di Pangkor Bayview Beach Resort, Perak.
Pada majlis berkenaan, SPANCO telah dijemput untuk memberikan dua taklimat yang bertajuk Tatacara Pengurusan Kenderaan dan juga Penyelenggaraan Kenderaan. Seramai 26 orang peserta yang merupakan pemandu di Bahagian Khidmat Pengurusan KKM telah hadir pada sesi taklimat ini.
Selain itu, objektif taklimat pengurusan dan penyelenggaran kenderaan ini juga adalah sebagai salah satu langkah inisiatif yang diambil untuk memastikan kenderaan konsesi yang digunakan oleh pihak kementerian sentiasa berada dalam prestasi terbaik.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Rohana Abdullah dan Encik Shahrul Amirrul Hafiz Bin Shafiei, wakil dari Bahagian Khidmat Pelanggan serta Encik Faiz Izwan Ishak, wakil dari Unit Kawalan Senggaran.