Punca Lampu Amaran Beg Udara Keselamatan Menyala

Beg udara keselamatan kenderaan berfungsi sebagai alat keselamatan dalam kenderaan yang mampu mengurangkan kecederaan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Pengguna kenderaan perlu sentiasa peka dengan sebarang tanda amaran awal yang menunjukkan terdapat masalah pada komponen keselamatan ini. Disenaraikan punca lampu amaran beg udara keselamatan menyala seperti berikut:

1. Bateri Kereta Rosak

Bateri kereta yang habis boleh menjadi punca lampu amaran beg udara keselamatan menyala kerana bateri sandaran beg udara keselamatan sebenarnya bergantung pada bateri kereta. Jika bateri utama rosak, bateri beg udara keselamatan akan kehilangan kuasa dan menyebabkan lampu beg udara berkelip. Lakukan pemeriksaan terhadap bateri kereta dan gantikan bateri baharu sekiranya ia rosak agar beg udara keselamatan berfungsi dengan baik.

2. Sensor Lampu Beg Udara Keselamatan Rosak

Setiap kenderaan mempunyai sistem sensor yang tersendiri untuk memastikan kenderaan anda bergerak dengan lancar. Kebiasaannya sistem sensor ini berhubung menerusi sistem komputer untuk pengguna kenderaan mengetahui sama ada sensor tersebut dalam keadaan yang baik atau pun tidak.

Sensor yang rosak akan menghantar isyarat yang salah ke sistem komputer kenderaan dan ia menyebabkan lampu beg udara keselamatan yang berkelip. Hal ini juga menjadi punca lampu sensor beg udara keselamatan menyala tanpa henti. Anda perlu segera melakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis kenderaan untuk bantuan lanjut.

3. Tali Pinggang Keledar Kenderaan Tidak Dipasang

Disebabkan kenderaan mempunyai sensor yang dapat mengesan tali pinggang keledar yang tidak dipakai dengan betul, ia akan menyebabkan lampu amaran beg udara keselamatan menyala. Beberapa lampu beg udara kenderaan juga diaktifkan jika anda tidak memakai tali pinggang keledar. Jadi sentiasa pakai tali pinggang keledar sebelum melakukan perjalanan untuk kekal selamat.

4. Modul Beg Udara Basah

Modul beg udara biasanya terletak di bawah tempat duduk pemandu atau penumpang. Namun bagi sesetengah kenderaan ia mungkin berada di bawah radio atau stereng. Periksa buku manual pengguna apabila mencari modul kawalan beg udara anda.

Modul kawalan beg udara tidak akan berfungsi jika ia basah atau mengalami hakisan dan kerosakan fizikal. Jadi berhati-hati terhadap tumpahan, kerana ia mungkin merosakkan modul kawalan beg udara.

5. Kerosakan Kabel Clock Spring

Kabel clock spring berfungsi untuk mengekalkan kesinambungan antara pendawaian elektrik dan beg udara keselamatan penumpang depan. Ia berpusing masuk dan keluar apabila stereng berputar.

Kebiasaannya masalah lampu beg udara keselamatan sentiasa menyala apabila clock spring menjadi haus yang menyebabkan sambungan pendawaian elektrik menjadi lemah dan beg udara gagal berfungsi dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!