5 Tempat Bersejarah Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

Terdapat banyak tempat bersejarah di Malaysia yang boleh dikunjungi untuk mengetahui pengorbanan tokoh-tokoh negara untuk membebaskan Malaysia daripada penjajahan. Disenaraikan antara bangunan bersejarah yang boleh dikunjungi untuk menghayati sejarah pengorbanan tokoh negara kita seperti berikut:

Muzium-Perang-29a96a9528b0aa38a3cd9814ebc703ef
Sumber : muzium.kelantan.gov.my

1. Muzium Perang

Muzim Perang (Bank Kerapu) atau lebih dikenali sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke-11 adalah satu bagunan unik yang melambangkan banyak kisah sejarah negara. Bangunan ini pada awalnya digunakan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd. dan dikenali sebagai Bank Kerapu kerana permukaan bangunan ini yang agak menggerutu disebabkan oleh penggunaan simen berbatu-batu kecil.

muzium perang
Sumber : muzium.kelantan.gov.my

Ketika Perang Dunia Ke-2, bangunan ini telah digunakan oleh polis Jepun sebagai ibu pejabat, penjara, bilik siasatan serta tempat untuk mendera tahanan perang. Setelah kejatuhan Jepun, bangunan ini telah digunakan semula sebagai bank sehingga tahun 1981 sebelum dijadikan Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan.

muzium perang 1
Sumber : muzium.kelantan.gov.my

Muzium ini kini mempamerkan artifak dan gambar-gambar mengenai sejarah Peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yang merupakan permulaan Perang Dunia Kedua yang berlaku pada awal 8 Disember 1941.

Galeri FB
Sumber : Facebook Galeri Seni Johor

2. Galeri Seni Johor

Galeri Seni Johor yang terletak di Jalan Petrie ini telah dibina pada tahun 1910 dan digunakan sebagai pangkalan Tentera Imperial Jepun semasa penjajahan mereka di Tanah Melayu.

Galeri
Sumber : Yayasan Warisan Johor

Ia juga pernah dijadikan kediaman Dato’ Abdullah Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor ketiga. Kerajaan Negeri Johor kemudian memutuskan untuk memulihara bangunan ini dan mengubahsuaikan sebagai sebuah galeri seni.

Galeri FB 1
Sumber : Facebook Galeri Seni Johor

Pada 29 Januari 1994, Menteri Besar Muhyiddin Yassin telah merasmikan Galeri Seni Johor yang memaparkan artifak-artifak sejarah yang berkaitan dengan seni dan budaya Johor.

memorial_pengistiharan_kemerdekaan
Sumber : www.mbmb.gov.my

3. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dibina pada tahun 1911 dan terletak di Bandaraya Melaka.  Bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka dan telah digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Bangunan memorial ini dikelilingi oleh tinggalan dan binaan sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit, St Paul, Padang Pahlawan dan Muzium Budaya.

Kini ia menempatkan bahan pameran yang tidak ternilai mengenai perjuangan kemerdekaan Malaysia. Antara bahan pameran yang terdapat di sini adalah dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undi dan audiovisual yang mengenang kerakusan penjajah termasuk Portugis, Belanda dan Inggeris mengeksploitasi ekonomi dan rakyat untuk kepentingan mereka.

stadthuys
Sumber : MediSata

4. Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadthuys adalah antara tempat tarikan pelancong di Bandaraya Melaka. Bangunan Merah ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan merupakan pusat pentadbiran Belanda yang kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi.

entrance-main-hall-stadthuys-malacca
Sumber : thepoortraveler

Bangunan Stadthuys ini mempunyai empat tingkat dengan keluasan bangunan 49,200 kaki persegi. Bangunan ini memaparkan ciri khas senibina kolonial Belanda dengan dinding besar, tingkap louvred dan pintu chunky dengan engsel besi tempa.

malacca-archaeology
Sumber : thepoortraveler

Bagi sesiapa yang mengunjungi bangunan sejarah ini anda boleh melihat corak hidup masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Selain itu, terdapat juga pemaparan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Fort_Cornwallis,_Penang_2023_01

5. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis atau lebih dikenali sebagai Kubu Cornwallis adalah tempat pelancongan popular di Pulau Pinang yang berusia lebih 200 tahun. Ia telah dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light dan menjadi tempat pendaratan beliau bersama pengiring-pengiringnya ketika menawan Pulau Pinang.

cornergunthumb
Sumber : starforts

Dalam kubu ini terdapat beberapa binaan bangunan dan meriam-meriam yang kini hanya menjadi sebagai kawasan bersejarah. Antaranya ialah stor simpanan bahan letupan dan juga sebuah Gereja Kecil yang dibina oleh Francis Light untuk tujuan ibadat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!