6 Tanda Bateri Kenderaan Bermasalah

Kebanyakan dari kita biasanya tidak dapat mengenal pasti tanda awal amaran bateri kenderaan mengalami masalah sehinggalah enjin tidak dapat dihidupkan. Amat sukar sekiranya kerosakan berlaku ditengah jalan dan mengganggu pemanduan. Oleh itu, disenaraikan beberapa tanda di mana bateri memerlukan perhatian segera seperti berikut:

1. Sukar Menghidupkan Enjin Kenderaan

Salah satu tanda awal bateri kereta mengalami kerosakan adalah kesukaran menghidupkan enjin kenderaan terutamanya pada awal pagi. Ia mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk dihidupkan. Hal ini berlaku disebabkan bateri yang semakin lemah, kabel sambungan yang longgar atau alternator yang rosak.

2. Lampu Kenderaan Semakin Malap

Bateri yang rosak juga boleh menyebabkan gangguan pada sistem elektrik kenderaan. Anda boleh mengenal pasti masalah ini sekiranya melihat lampu papan pemuka, head lamp dan lampu kenderaan semakin malap atau tidak menyala selepas menghidupkan enjin. Segera lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis berdekatan agar dapat mengenal pasti masalah kerosakan.

3. Keperluan Menekan Pedal Minyak Dahulu

Anda tidak perlu menekan pedal minyak dahulu untuk menghidupkan enjin kenderaan. Sekiranya perlu berbuat demikian, ini mungkin menandakan kerosakan pada bateri kenderaan anda yang perlu diberikan perhatian.

4. Bau Busuk

Pernahkah anda terhidu bau busuk seperti telur basi atau sulfur? Bau busuk ini terhasil apabila berlaku litar pintas pada bateri dan kebocoran asid sulfurik yang sekaligus melepaskan gas berbau busuk. Penghasilan bau busuk ini perlu diperiksa dengan kadar segera kerana ia sangat berbahaya dan boleh merosakkan komponen dalam kenderaan yang lain.

5. Kotak Bateri Kembang

Kotak bateri mengembang dari saiz asal adalah salah satu tanda bateri bermasalah. Hal ini berlaku kerana bateri kenderaan terdedah kepada suhu panas yang melampau hasil daripada terlebih cas. Anda dinasihatkan untuk mengganti bateri baharu bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pemanduan.

6. Asid Kering

Proses hakisan berlaku pada terminal bateri kenderaan akibat daripada tindak balas kimia yang terhasil oleh sentuhan dua permukaan logam dan arus elektrik yang melaluinya. Tompokan asid kering berbentuk debu putih akan terkumpul pada terminal bateri.

Asid kering tersebut menghalang proses pengecasan semula bateri dan ini mengakibatkan bateri kenderaan tidak dapat berfungsi secara normal. Pastikan anda membersihkan terminal bateri sekiranya terdapat pengumpulan tompokan asid kering bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!