Perkara Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan Apabila Enjin Kenderaan Panas

Enjin kenderaan panas secara tiba-tiba adalah tanda sistem penyejukan kenderaan mengalami masalah. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan akan mencetuskan situasi kecemasan pada pengguna kenderaan. Ikuti panduan berikut ketika mengalami situasi begini:

Perkara Yang Perlu Dilakukan

1. Menutup Penghawa Dingin

Perkara pertama yang perlu dilakukan sejurus anda mendapati enjin kenderaan panas adalah mematikan penghawa dingin untuk mengurangkan tekanan pada enjin.

2. Hentikan Kenderaan di Kawasan Selamat

Hentikan kenderaan anda di kawasan yang selamat seperti stesen minyak atau tempat bersesuaian yang lain. Matikan enjin serta merta agar membiarkan enjin sejuk dahulu sebelum anda melakukan pemeriksaan lanjut.

3. Periksa Paras Penyejuk

Setelah beberapa minit memberhentikan kenderaan, anda boleh memeriksa paras penyejuk atau air radiotar terlebih dahulu. Jika paras penyejuk rendah, segera gantikan penyejuk atau air radiator agar dapat menyejukkan komponen enjin sebelum menghidupkan kembali kenderaan anda.

4. Lakukan Penyelenggaraan Enjin

Pastikan anda melakukan penyelenggaraan segera di pusat servis bertauliah agar perkara ini tidak berulang bagi memastikan komponen kenderaan anda berfungsi secara optimum.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

1. Teruskan Memandu

Elakkan daripada terus memandu kenderaan anda pada kelajuan biasa apabila mendapati amaran suhu enjin menyala. Meneruskan pemanduan boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius pada enjin. Selain itu, elakkan menekan brek secara mengejut sejurus anda sedar kereta mula berasap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih ketara, malah boleh menyebabkan kebakaran.

2. Segera Buka Hud

Jangan terus buka bonet hadapan kenderaan anda. Biarkan enjin kenderaan sejuk dahulu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membuka bonet. Anda boleh periksa tolok suhu kembali ke paras normal atau tidak sebelum membukanya. Hal ini perlu dilakukan untuk elak diri anda daripada melecur, disebabkan terkena wap atau asap panas yang keluar dari enjin.

3. Menuang Air Ke Atas Radiator

Elakkan menuang air sejuk ke atas radiator sejurus membuka bonet. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan komponen enjin seperti kipas, hos radiator dan lain-lain retak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!