5 Cara Pengendalian Strok Haba

Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan 9 kawasan di Malaysia akan mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga. Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan kelesuan dan strok haba.

Ramai yang masih tidak mengetahui kepentingan menjaga kesihatan diri ketika cuaca panas hinggakan ada berlakunya kes-kes yang boleh membawa maut. Fahami apa itu strok haba dan cara menanganinya:

Strok Haba

Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau. Keadaan ini boleh menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C atau lebih.

Cara Pengendalian Strok Haba

Kenali cara mengendali pesakit strok haba di tempat awam seperti berikut:

1. Tempat Teduh

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika seseorang pengsan atau mengalami tanda-tanda strok haba adalah mengalihkan pesakit ke tempat yang teduh. Hal ini penting bagi mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari secara langsung yang hanya akan meningkatkan tahap kepanasan.

2. Telefon Talian Panggilan Kecemasan

Pastikan anda mendapatkan bantuan segera dengan menghubungi talian panggilan kecemasan menerusi 999 untuk perkhidmatan ambulans agar pesakit dapat dirawat oleh pihak yang pakar.

3. Longgarkan Pakaian

Longgarkan pakaian dan basahkan kulit badan yang terdedah ke udara sambil menjaga kesopanan pesakit. Ini penting bagi memastikan pesakit mendapat bekalan udara yang secukupnya dan dapat mengurangkan suhu badan.

4. Mengurangkan Suhu Badan

Kipas pesakit atau halakan kipas secara terus untuk tujuan mengurangkan suhu badannya. Sekiranya anda tidak mempunyai kipas, gunakan buku atau kertas sebagai alat mengipas sementara menunggu bantuan pakar.

5. Penyejukan

Anda juga boleh meletakkan ais di leher, ketiak dan pelipat paha untuk menyejukkan aliran darah. Dapatkan ais batu di mana-mana kedai berdekatan dan letakkan pada bahagian badan tersebut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!