Penjagaan Kesihatan Sepanjang Bulan Ramadan

Penjagaan kesihatan sepanjang bulan Ramadan amat penting bagi menjalani aktiviti harian seperti biasa. Sesetengah individu mengabaikan penjagaan kesihatan hingga kerap jatuh sakit pada bulan mulia ini. Oleh itu, dikongsikan panduan menjaga kesihatan seperti berikut:

1. Jangan Tinggalkan Sahur

Sahur adalah sunnah yang paling besar dan antara amalan yang tidak boleh ditinggalkan oleh individu berpuasa. Sahur memberikan anda tenaga yang diperlukan sepanjang tempoh berpuasa. Pastikan anda makan kurma dan minum air yang secukupnya ketika bersahur untuk kekal berhidrasi dan mendapatkan nutrisi diperlukan untuk badan.

2. Jaga Jadual Pemakanan

Menjaga jadual pemakanan sepanjang berpuasa adalah penting supaya tidak menjejaskan kesihatan badan. Makanan yang biasanya diambil sebanyak tiga kali perlu diambil pada tempoh puasa juga. Pastikan bersarapan di waktu sahur, makan tengah hari di waktu berbuka dan makan malam secara ringan selepas terawih. Makanan lengkap sangat penting untuk memberi nutrisi yang mencukupi untuk badan bagi menjaga kesihatan diri.

3. Kawal Kuantiti Makanan

Tempoh puasa yang panjang boleh menyebabkan seseorang mengidam banyak jenis makanan untuk berbuka. Membeli banyak makanan mengikut nafsu di bazar Ramadan atau lain-lain tempat dan tidak mampu menghabiskannya menyebabkan pembaziran.

Makan lebih daripada keperluan akan menyebabkan badan anda berasa tidak selesa, perut kembung dan mual. Oleh itu, kawal kuantiti makanan anda semasa berbuka puasa. Makanlah hidangan yang lengkap dengan kuantiti secukupnya sahaja.

4. Bersenam

Aktiviti bersenam khususnya senaman ringan sepanjang berpuasa penting untuk membuang toksin dalam badan. Lakukan senaman ringan selepas berbuka supaya anda tidak mengalami masalah kesihatan seperti dehidrasi, loya, pening dan sebagainya.

Anda digalakkan untuk bersenam selepas satu atau dua jam berbuka. Hal ini kerana ia membolehkan makanan yang anda ambil ketika berbuka dapat dicernakan terlebih dahulu dan memberikan anda tenaga untuk bersenam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!