Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk membekalkan elektrik kepada semua komponen untuk tempoh masa yang lama.

Alternator dikuasakan oleh mekanisme aci engkol dan digerakkan oleh belt. Alternator belt yang longgar akan menyebabkan enjin kenderaan tidak dapat dihidupkan.

Antara tanda-tanda Alternator Belt perlu diganti adalah seperti berikut:

1. Lampu Amaran Bateri

Lampu amaran bateri akan menyala pada papan pemuka kenderaan apabila alternator belt menjadi semakin longgar. Hal ini berlaku kerana alternator belt yang longgar tidak dapat berputar pada kelajuan optimum dan ini mengakibatkan voltan pengecasan menurun.

2. Lampu Malap

Lampu kenderaan semakin malap atau berkelip-kelip ketika memandu adalah salah satu tanda bateri rosak atau terdapat masalah pada alternator. Alternator belt yang putus atau longgar akan menghalang alternator daripada berfungsi dengan betul dan boleh menjadi punca lampu di bahagian dalam kenderaan menjadi malap atau berkelip-kelip.

3. Bunyi Pada Cuaca Sejuk

Kuasa yang diperlukan oleh kenderaan tidak dapat dibekalkan sekiranya alternator dan alternator belt tidak berfungsi dengan baik. Kedengaran bunyi kicauan yang kuat daripada ruang enjin perlu diberi perhatian segera kerana bunyi ini biasanya terhasil disebabkan oleh peningkatan geseran dengan komponen takal.

4. Enjin Bermasalah

Jika kenderaan anda kerap berhenti dan mempunyai masalah untuk menghidupkan enjin juga adalah tanda alternator belt tidak berfungsi secara optimum. Alternator belt yang terlalu longgar atau telah haus boleh mengakibatkan enjin terhenti atau mati. Hal ini sangat berbahaya terutamanya jika anda memandu kenderaan di jalan raya atau lebuh raya yang sibuk.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Jemputan Menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah Bersama SPANCO

16 November  2023 – 48 Cawangan Siasatan Jenayah KPTD telah menjemput pihak SPANCO untuk menghadiri jemputan menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah yang bertempat...

Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan...

7 Langkah Keselamatan di Musim Banjir

Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk...

5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!