Kenali 5 Jenis Kurma Kegemaran Ramai

Tibanya bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan sunnah yang dicari-cari umat Islam di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis kurma di pasaran daripada pelbagai negara yang diminati ramai pada bulan mulia ini. Bersempena Ramadan disenaraikan antara jenis kurma yang menjadi pilihan dan khasiat di sebalik kurma tersebut:

pexels-kübra-doğu-8952691

1. Kurma Ajwa

Kurma Ajwa atau lebih popular dengan nama kurma Nabi berasal dari Arab Saudi dan menjadi kurma paling popular di Malaysia. Ia mempunyai saiz sederhana dan isinya sangat lembut serta tidak terlalu manis seperti kurma lain.

Kurma Ajwa sangat kaya dengan nutrisi seperti vitamin A, B, C, E, hingga K yang baik untuk sistem imunisasi badan serta mempunyai kandungan protein, zat besi, kalsium, dan antioksida yang tinggi.

masjid-pogung-dalangan-jBtiXTISRLg-unsplash

2. Kurma Medjool

Kurma Medjool biasanya dapat di kawasan iklim panas dan kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Kurma ini mempunyai isi buah yang lembab dan manis serta mengandungi serat dan mineral seperti potasium, magnesium, besi, fosforus dan lain-lain.

Kalau anda suka minum susu kurma, kurma jenis ini adalah jenis yang terbaik untuk anda gunakan sebagai bahan utama kerana tekstur isinya yang lebih lembut.

Shopee
Sumber : Shopee

3. Kurma Safawi

Kurma Safawi adalah sejenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi. Kurma berwarna hitam pekat seakan kurma ajwa ini mempunyai tekstur lembut dan kering dengan bentuknya panjang dan bersaiz sederhana.

Ia dipercayai mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan seperti menurunkan risiko penyakit strok, baik untuk kesihatan kulit dan mata, meningkatkan kesihatan usus dan sebagainya. Kurma Safawi sangat mudah didapati di pasaran dan merupakan antara kurma kegemaran ramai yang wajib anda cuba.

Facebook Abnaa Ibrahim Kurma Kuala Bereng:
Sumber : Facebook Abnaa Ibrahim Kurma Kuala Bereng

4. Kurma Deglet Noor

Kurma Deglet Noor yang berasal dari Algeria ini adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma. Ia mempunyai rasa kurma yang unik dan premium serta bertekstur separa kering dengan bentuk panjang dan nipis. Kurma Deglet Noor mengandungi flavanoid yang merawat keradangan dan keratenoid yang boleh membantu mencegah penyakit jantung.

carousell
Sumber : Carousell

5. Kurma Mariami

Kurma Mariami adalah salah satu buah kurma yang terkenal dari Iran, berasal dari kawasan Hajiabad di selatan Iran. Berwarna coklat kehitaman, ia mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kering.

Ianya kaya dengan kandungan protein, serat, glukosa, vitamin A dan C, sodium dan potasium. Kurma Mariami mempunyai kandungan gula yang mudah diserap oleh badan serta memberikan tenaga segera ketika berbuka puasa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Jemputan Menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah Bersama SPANCO

16 November  2023 – 48 Cawangan Siasatan Jenayah KPTD telah menjemput pihak SPANCO untuk menghadiri jemputan menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah yang bertempat...

Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan...

7 Langkah Keselamatan di Musim Banjir

Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk...

5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!