Pemakaian Topi Keledar Menyelamatkan Nyawa Penunggang Motosikal

Penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya utama yang terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi. Kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal semakin meningkat kebelakangan ini disebabkan kecuaian dan tidak memakai alat keselamatan diri yang utama iaitu topi keledar.

Kecederaan pada bahagian kepala menjadi punca utama yang meragut nyawa penunggang motosikal apabila kemalangan berlaku.

Kepentingan Memakai Topi Keledar:

1. Mengurangkan Kecederaan Kepala

Penggunaan topi keledar boleh membantu mengurangkan kesan kecederaan serius kepada kepala penunggang motosikal dan mengurangkan risiko kematian apabila berlakunya kemalangan. Pastikan anda memilih topi keledar yang sesuai bagi mendapatkan perlindungan optimum.

2. Menjaga Mata

Topi keledar muka penuh dapat memberikan perlindungan lengkap kepada penunggang motosikal. Pelindung muka lut sinar di bahagian depan topi keledar boleh membantu melindungi mata penunggang daripada habuk serta pancaran tinggi lampu kenderaan dan dapat mengelak rambut individu menganggu penglihatannya apabila ditiup angin yang kuat. Selain itu, reka bentuk topi keledar ini juga membantu penunggang motosikal melihat dengan jarak penglihatan maksimum semasa di jalan raya.

Petua Untuk Membeli Topi Keledar

Pilihlah topi keledar yang sesuai untuk penunggang dan pembonceng sebagai salah satu alat perlindungan keselamatan ketika menunggang motosikal.

• Topi keledar muka penuh sangat digalakkan kerana ia menutupi seluruh bahagian muka yang dapat memberikan perlindungan tambahan.
• Topi keledar juga mempunyai tarikh luput. Oleh itu, anda perlu mendapatkan topi keledar baharu bagi setiap tiga hingga lima tahun.
• Bersihkan pelindung muka plastik topi keledar dengan kerap untuk memastikan penglihatan yang jelas semasa menunggang motosikal.
• Gantikan topi keledar anda dengan segera sekiranya terdapat sebarang kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!