Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran untuk mengenal pasti kelajuan kenderaannya. Antara punca meter kelajuan tidak berfungsi adalah seperti berikut:-

1. Kerosakan Sensor Meter Kelajuan

Meter kelajuan bersambung terus kepada pengesan had laju. Oleh yang demikian, sistem pendawaian memainkan peranan yang amat penting. Masalah transmisi boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengaktifkan kawalan, yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi penunjuk atau sensor meter kelajuan.

Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah sekiranya kenderaan anda mengalami masalah sedemikian.

2. Pengubahsuaian Kenderaan

Pengubahsuaian kenderaan boleh mengganggu fungsi meter kelajuan. Contohnya, menggantikan tayar asal kenderaan dengan tayar yang lebih tinggi boleh mengakibatkan bacaan meter kelajuan yang salah.

Meter kelajuan ditentukur (recalibrated) mengikut saiz sebenar tayar kenderaan. Oleh itu, apabila anda melakukan pengubahsuaian pada saiz tayar iaitu menggunakan tayar lebih besar maka lilitan tayar juga akan menjadi lebih besar. Hal ini bermakna satu putaran akan meliputi jarak yang lebih jauh daripada tayar asal yang dipasang. Bagi mengelakkan berlakunya gangguan kepada fungsi meter kelajuan, anda tidak digalakkan melakukan pengubahsuaian tanpa pemantauan pihak yang lebih pakar.

3. Kerosakan ECU

Kenderaan moden adalah dilengkapi dengan Unit Kawalan Elektronik (ECU) sebagai salah satu komponen penting. Ianya merupakan sistem kawalan utama semua sensor yang terhubung dengannya, bagi memastikan komponen lain dapat berfungsi secara optimum.

Jika ECU mengalami masalah, kenderaan anda mungkin tidak dapat membaca isyarat kelajuan daripada sensor kelajuan dengan betul. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bagi mengelakkan sebarang risiko akibat kekeliruan had laju sebenar kenderaan.

4. Sistem Pendawaian Bermasalah

Sekiranya jarum penunjuk meter kelajuan pada kenderaan anda menunjukkan bacaan yang mengelirukan, ini mungkin bermaksud terdapat kerosakan pada sistem pendawaian. Berkemungkinan kabel meter kelajuan telah haus atau fius telah meletup sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi meter kelajuan.

Jadi, janganlah berlengah untuk membawa kenderaan anda ke pusat servis bagi mendapatkan pembaikan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!