5 Cara Melakukan Detox Media Sosial

Peningkatan penggunaan media sosial pada zaman digital ini mempunyai banyak kebaikan dan keburukan khususnya pada kesihatan mental individu. Meskipun terdapat pelbagai manfaat daripada media sosial, namun hakikatnya ia juga boleh menjejaskan kehidupan jika tidak bijak menggunakannya. Berikut adalah detox media sosial yang mungkin boleh membantu:-

1. Tetapkan Waktu

Langkah pertama untuk melakukan detox media sosial adalah dengan menetapkan waktu penggunaan media sosial. Anda digalakkan untuk menetapkan masa penggunaan media sosial seperti 30 minit sekali penggunaan atau 1-2 jam sehari. Pastikan anda berdisiplin dengan menggunakan media sosial mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
Apabila tetapan telah dibuat, lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan yang pada akhirnya memberi manfaat kepada kesihatan mental anda.

2. Lakukan Aktiviti Luar

Gantikan kebiasaan terperap bertemankan telefon bimbit anda dengan aktiviti lebih menarik dan menyihatkan. Misalnya berjalan-jalan di taman, bersenam dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh mencuba semula hobi anda atau meneroka kemahiran baharu. Sertai kelas memasak, lukisan, mengambil gambar; mulakan aktiviti berkebun, mengait atau lain-lain bagi memenuhi masa lapang anda.

3. Matikan Notifikasi

Antara penyebab kita selalu memegang telefon adalah apabila muncul notifikasi dan kita merasakan ia wajib untuk dibuka. Bagi mengelakkan anda tertarik untuk melihat lebih lagi, anda digalakkan untuk mematikan fungsi tersebut sepanjang tempoh detox media sosial.

4. Kemaskini Senarai Pengikut

Rakan atau pengikut (follower) di media sosial juga boleh menjadi toksik dan penyebab anda ketagih kepada media sosial. Bagi mengelakkan anda berasa tertekan dengan gaya hidup atau apa-apa yang berkaitan mereka, segera unfriend mereka yang menjadi punca stres kepada kehidupan anda. Ini sangat membantu untuk jangka masa panjang dan anda boleh melakukan proses kemaskini senarai pengikut setahun sekali atau mengikut keperluan.

phone

5. Elakkan Guna Telefon Jika Tidak Perlu

Elakkan guna telefon bimbit anda secara kerap sekiranya tiada sebarang keperluan. Ini kerana penggunaan yang kerap boleh meningkatkan keinginan untuk melayari media sosial bagi tempoh masa yang lebih lama. Pastinya perancangan detox media sosial tidak dapat dipraktikkan dengan baik sekiranya kadar penggunaan tidak dikurangkan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!