Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk penduduk kawasan berisiko bagi lebih berwaspada. Berikut disenaraikan langkah keselamatan di musim banjir agar dapat membantu anda kelak:
1. Elakkan dari Bermain Air Banjir
Elak dari bermain atau meredah air banjir terutamanya kanak-kanak di rumah. Air banjir sangat tidak bersih dan mempunyai pelbagai jenis kuman dan bakteria. Bermain air banjir boleh menyebabkan anda mengalami penyakit bawaan air.
2. Pakai Peralatan Pelindung
Pastikan anda memakai peralatan pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir. Ia sangat penting untuk melindungi diri daripada lemas atau berlaku sesuatu yang tidak diingini pada situasi kecemasan.
Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk memiliki jaket keselamatan sendiri di rumah sebagai persediaan awal untuk menghadapi musim banjir yang tidak menentu ini.
3. Segera Bersihkan Diri
Segera bersihkan diri anda yang terkena air banjir dengan air bersih. Jangan merayau dengan air banjir bagi tempoh masa lama kerana ia boleh menyebabkan anda tidak sihat. Segera mandi dan bersihkan diri dengan sabun dan air bersih.
4. Cuci Tangan
Cuci tangan dengan betul dan sentiasa jaga kebersihan diri pada musim banjir. Jangan sentuh makanan tanpa mencuci tangan bagi mengelakkan terkena jangkitan virus atau kuman. Ia boleh menyebabkan anda jatuh sakit seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lain-lain.
5. Jangan Guna Air Banjir
Jangan sesekali menggunakan air banjir untuk membersihkan diri, peralatan atau makanan. Air banjir telah tercemar dengan najis daripada sisa kumbahan dan mengandungi pelbagai agen pencemar. Ada kemungkinan makanan anda disentuh oleh haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas.
6. Sentiasa Guna Air Bersih
Sentiasa gunakan air bersih atau air berbotol untuk minum, cuci makanan, peralatan dan diri. Air banjir adalah air tercemar dan tidak digalakkan untuk menggunakan bagi keperluan diri kerana boleh membawa kepada penyakit.
7. Pastikan Pusat Pemindahan
Dapatkan informasi awal dan pastikan lokasi pusat pemindahan terlebih dahulu agar anda boleh melakukan pemindahan sekiranya berlaku banjir di kawasan perumahan anda. Senaraikan pusat pemindahan terdekat supaya anda boleh bergerak segera dan berkongsi maklumat dengan jiran.