5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya bateri. Mengetahui cara menjaga bateri kereta anda boleh mencegah kerosakan tersebut. Oleh itu, disenaraikan antara kecuaian yang boleh dielakkan seperti berikut:

1. Jarak Pemanduan

Memandu kenderaan untuk jarak dekat secara kerap akan menjejaskan pengecasan penuh bateri. Melakukan pemanduan sebegini akan membiarkan bateri kurang dicas dan menyebabkan enjin memerlukan banyak kuasa untuk dihidupkan semula. Anda digalakkan untuk memandu jarak jauh iaitu sekurang-kurangnya perjalanan 30 minit bagi mengoptimumkan kapasiti bateri dan meningkatkan jangka hayatnya.

2. Kekerapan Memandu

Memandu secara kerap akan memberi alternator peluang untuk mengecas semula bateri dan berfungsi dengan optimum. Membiarkan kenderaan di tempat letak kereta bagi jangka masa panjang boleh menyebabkan bateri dinyahcas.

Jika anda merancang untuk tidak menggunakan kenderaan, pastikan anda menanggalkan sambungan bateri dengan membuka kabel pada sambungan terminal negatif.

3. Lokasi Meletakkan Kenderaan

Lokasi meletakkan kenderaan juga boleh membantu memanjangkan hayat bateri kereta. Elakkan meletak kenderaan di cuaca panas terik kerana ia boleh mempercepatkan hakisan di dalam bateri. Pastikan anda letakkan kereta di tempat redup untuk menjaga bateri.

4. Penggunaan Akesori

Penggunaan elektronik tambahan seperti radio, penyaman udara, lampu, pengecas dan lain-lain boleh mengurangkan jangka hayat bateri dengan cepat. Hadkan penggunaannya apabila enjin tidak dihidupkan. Sentiasa pastikan anda menggunakan elektronik tambahan pada masa terhad sahaja.

5. Gegaran Kenderaan

Gegaran kenderaan boleh mengurangkan jangka hayat bateri kerana ia akan merosakkan bahagian dalaman bateri jika kedudukan bateri tidak betul. Jika terdapat sebarang kelonggaran anda perlu membetulkan semula posisi bateri dan mengetatkan terminal bateri. Elakkan daripada meletakkan tekanan berlebihan pada bekas bateri bagi mengurangkan sebarang kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!