Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan daripada pemandu. Pengguna kenderaan perlu ketahui tanda kerosakan komponen ini demi menjaga keselamatan diri bagi mengelakkan situasi seperti berikut:

1. Pedal Brek Keras

Apabila anda menekan pedal brek, jika penggalak brek itu berfungsi dengan baik ia akan memberi tekanan mudah, tetapi jika penggalak brek anda mengalami kerosakan ia akan menyebabkan pedal brek anda keras apabila anda menekannya.

Jika kenderaan anda bergantung pada pam vakum atau menggunakan penggalak hidro dengan pam stereng kuasa, ini merupakan salah satu tanda pam ini mungkin mengalami kerosakan dan memerlukan penggantian segera.

2. Pedal Brek Tinggi

Pernahkah anda berasa pedal brek lebih tinggi daripada biasa dimana memerlukan anda mengangkat kaki lebih tinggi untuk menekan brek? Jika ya, ia adalah tanda penggalak brek anda mengalami kerosakan. Anda perlu melakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

3. Kuasa Brek Lebih Rendah

Apabila anda menekan pedal brek dan mendapati kereta anda tidak perlahan seperti biasa, ini merupakan tanda sistem brek memerlukan pemeriksaan segera. Masalah ini boleh berlaku apabila penggalak brek rosak dan tidak dapat berfungsi dengan optimum.

4. Kebocoran Bendalir

Kebocoran bendalir adalah tanda awal yang biasanya menunjukkan terdapat masalah pada sistem kenderaan. Begitu juga dengan sistem brek, bendalir brek bocor apabila penggalak brek atau silinder induk rosak.

Kebocoran cecair induk silinder berlaku jika silinder induk brek bocor dari belakang. Bukan itu sahaja, kebocoran bendalir brek juga akan mengurangkan tekanan hidraulik dalam sistem brek dan udara akan masuk ke dalam bendalir brek. Hal ini akan mengurangkan tekanan brek.

5. Lampu Amaran Menyala

Penggalak brek yang mengalami masalah boleh menyebabkan lampu ABS atau lampu kawalan cengkaman atau Traction Control System (TCS) menyala. Kadangkala, lampu amaran enjin juga akan menyala akibat kerosakan penggalak brek.

Misalnya, jika diafragma penggalak brek bocor dan membenarkan udara masuk — penderia oksigen akan mengesan campuran udara dan bahan api yang menyebabkan lampu amaran enjin menyala. Anda perlu lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan untuk melakukan penggantian penggalak brek.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!