4 Fungsi Tersembunyi yang Ramai Tidak Kenali Dalam Kenderaan

Tahukah anda komponen di ruang kabin kenderaan mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan pengguna kereta? Ramai pengguna tidak mengetahui dan menggunakannya bagi memudahkan pemanduan mereka. Kenali antara fungsi tersembunyi seperti berikut:

1. Cermin Pandang Belakang

Kenderaan belakang anda memandu dengan lampu tinggi yang menjejaskan penglihatan? Jangan risau, anda boleh mengelakkan gangguan ini dengan menggunakan tuil kecil yang berada di bahagian bawah cermin tersebut.

Tuil kecil ini berfungsi sebagai pemalap cahaya yang perlu digerakkan secara manual. Ia akan membantu mengurangkan cahaya terang yang muncul dari belakang kenderaan sekaligus mengurangkan kesan silau.

2. Tali Pinggang Keledar

Tali pinggang keledar dalam kenderaan adalah salah satu komponen keselamatan yang digunakan untuk melindungi pemandu daripada sebarang kecederaan. Ia perlu digunakan dengan betul agar tidak mencederakan pengguna.

Anda boleh mengubah kedudukan tali pinggang keledar mengikut ketinggian diri supaya dapat melindungi diri di situasi tidak terduga. Gunakan suis kecil pada tali pinggang keledar yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian anda.

3. Pelindung Matahari

Pelindung matahari atau lebih dikenali sebagai ‘sun visor’ digunakan untuk mengelak terkena sinaran matahari bagi pemandu kenderaan. Ia terdapat pada bahagian atas di tempat pemandu dan penumpang hadapan. Tahukan anda ia boleh digunakan pada bahagian tepi juga?

Sinaran matahari dari tepi juga boleh menganggu pemanduan individu disebabkan panas dan silau. Anda boleh menurunkan pelindung matahari ke bahagian sisi pintu kereta bagi menghalang cahaya matahari tersebut.

4. Pelarasan Stereng

Tahukah anda kedudukan stereng kenderaan boleh diubah suai mengikut keselesaan dan ketinggian pemandu? Ramai masih tidak kenali fungsi tersebut dan memandu tanpa melaraskannya. Terdapat tuil pelepas stereng di sebelah kiri stereng yang boleh digunakan untuk mengubah suai kedudukan stereng mengikut keselesaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!