Penting! 5 Tanda Awal Serangan Jantung yang Perlu Anda Ketahui

Kematian akibat serangan jantung dalam kalangan usia muda sangat membimbangkan sejak kebelakangan ini. Ramai pesakit yang menghidap penyakit ini umumnya kelihatan sihat dan cergas melakukan rutin harian seperti biasa, tetapi sebaliknya berisiko tinggi serangan jantung. Oleh itu, kenali antara tanda serangan jantung agar dapat mengambil rawatan awal dan menyelamatkan nyawa insan tersayang termasuk diri sendiri.

1. Sakit Pada Bahagian Dada

Sakit pada bahagian dada adalah tanda awal yang perlu diberi perhatian oleh seorang individu. Rasa ketidakselesaan pada bahagian dada iaitu tekanan, ketegangan atau pedih ulu hati berlaku kerana otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Sensasi begini akan berlaku secara tiba-tiba, bagi jangka masa pendek dan berulang. Segera dapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

2. Kesukaran Bernafas

Kesukaran bernafas bukan sahaja dilalui oleh pesakit asma, malah ia juga boleh menjadi tanda awal sakit jantung. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).

Segera pergi ke hospital atau klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang sepatutnya.

3. Keletihan

Rasa letih tanpa buat sebarang kerja berat? Sentiasa ingin tidur? Ia adalah salah satu tanda awal yang diabaikan oleh ramai. Hal ini berlaku apabila jantung gagal berfungsi dengan baik dan kehabisan oksigen kerana otot jantung tidak lagi mengepam darah dengan cukup baik untuk keperluan badan. Sekiranya anda rasa keletihan badan tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal, segera lakukan pemeriksaan.

4. Peluh

Peluh secara tiba-tiba dan berlebihan tanpa sebab yang jelas adalah tanda serangan jantung. Ia boleh diikuti dengan tanda kulit berubah menjadi pucat atau biru dan badan berasa lemah. Bagi kes yang kritikal anda boleh mengalami peluh sampai baju basah.

Hal ini berlaku apabila arteri tersumbat dan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk memastikan darah mengalir. Sebagai tindak balas, badan anda berpeluh untuk mengekalkan suhu anda.

5. Tangan Kebas

Tangan kebas juga adalah tanda yang perlu diawasi dengan segera. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar dan boleh mengakibatkan strok serta menandakan sakit jantung mungkin berlaku.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!