Bahaya di Belakang Pedal, Kenali Tanda-Tanda Kerosakan Brek

Kenderaan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita yang menyediakan keselesaan dan kemudahan pengangkutan. Namun, bersamaan dengan kegunaan harian, penting bagi pemilik kenderaan untuk memahami dan mengenali tanda-tanda kerosakan komponen kenderaan terutamanya brek.

Brek yang berfungsi dengan baik adalah aspek keselamatan utama ketika berada di jalan raya. Dengan ini, kenali tanda-tanda kerosakan brek kereta yang perlu diambil perhatian seperti berikut:

1. Brek Kereta Berbunyi

Mendengar bunyi nyaring apabila menekan brek? Ia adalah tanda brek kereta mengalami kerosakan terutamanya pelapik brek telah haus atau nipis. Pelapik brek yang telah haus akan bergesel dengan cakera brek atau brake discs, dan mengeluarkan bunyi semasa menekan brek. Oleh itu, segera lakukan pembaikan di pusat servis bertauliah untuk menjaga keselamatan anda ketika memandu.

2. Lampu Amaran Brek Menyala

Salah satu tanda awal yang mudah dikenal pasti bagi masalah brek adalah apabila lampu amaran brek menyala pada papan pemuka kenderaan. Lampu kekal menyala walaupun selepas anda melepaskan brek adalah tanda paras bendalir brek dalam silinder induk adalah rendah.

Hal ini berlaku disebabkan oleh kebocoran dalam sistem brek. Oleh itu, ia menyebabkan lampu amaran brek terus menyala. Lakukan penyenggaraan berkala bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi.

3. Bau Terbakar

Bau terbakar atau bau campuran kimia adalah tanda bahawa brek sudah terlalu panas dan berkemungkinan terdapat asap yang keluar daripada tayar. Hal ini berlaku apabila kaliper brek tersekat dan menghasilkan geseran yang berlebihan. Sentiasa awasi tanda ini dan segera ke pusat servis berdekatan sekiranya terdapat bau terbakar semasa anda memandu kenderaan untuk lakukan pembaikan.

4. Kebocoran Bendalir Brek

Terdapat kesan bendalir brek di bawah kereta? Ia adalah tanda bendalir brek bocor dan memerlukan pembaikan segera. Apabila anda menekan brek, bendalir brek akan menghasilkan tekanan hidraulik pada kaliper brek. Jika kenderaan anda tidak mempunyai jumlah bendalir brek yang mencukupi, ia tidak dapat berhenti dengan selamat. Selain itu, pastikan bendalir brek tidak terlalu kotor dan sentiasa diselenggara mengikut jadual. Periksa bendalir brek dengan kerap dan segera bawa kereta ke bengkel jika anda mendapati paras minyak brek berkurangan atau bocor.

5. Pedal Brek Rendah

Pedal brek rendah hingga cecah ke lantai juga adalah tanda kerosakan sistem brek kenderaan. Keadaan ini berlaku akibat pelapik brek haus, terdapat udara atau kebocoran dalam sistem brek kereta dan kebocoran bendalir brek.

Jika terdapat udara pada pelapik brek, bleeding perlu dilakukan. Bleeding pada sistem brek merujuk pada proses mengeluarkan bendalir brek lama secara keseluruhan untuk digantikan dengan bendalir brek baharu. Ia bertujuan untuk membuang gelembung udara yang mungkin telah memasuki sistem brek dan menyebabkan masalah ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!