Menjejak Keindahan Musim Hujan: 5 Destinasi Menakjubkan untuk Melancong di Malaysia

Musim hujan kebelakangan ini mungkin menganggu rancangan percutian anda ke destinasi pilihan. Tahukah anda ramai pelancong suka datang ke Malaysia untuk menikmati pengalaman unik ketika musim sejuk ini?

Terdapat banyak tempat kehijauan yang subur dan suhu yang lebih sejuk yang memberi rasa ketenangan. Cuaca inilah menjadikan melancong di Malaysia semasa musim hujan satu pengembaraan yang menyeronokkan. Disenaraikan antara lokasi percutian yang boleh anda kunjungi ketika musim hujan seperti berikut:

pexels-oleksandr-p-1004542

1. Hutan Hujan Menyegarkan

Hujan mengubah suasana hutan hujan tropika dengan menjadi simfoni bunyi dan warna. Anda boleh terokai Taman Negara, Tanah Tinggi Cameron, Taman Templer dan lain-lain untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, melakukan aktiviti mendaki ‘trekking’ sambil meneroka flora dan fauna akan menjadikan ia satu percutian dengan pengalaman indah.

pexels-manuela-adler-949194

2. Air Terjun

Malaysia mempunyai lokasi air terjun yang memukau dan tempat ini lebih menyerlah dengan kecantikan semula jadi pada musim hujan. Anda boleh kunjungi tempat-tempat menarik seperti Lata Iskandar di Tanah Tinggi Cameron, air terjun Temurun, Gunung Ledang, Sungai Chiling dan sebagainya.

Keindahan alam sekitar yang memukau, kesejukan air dan udara nyaman pasti memberi percutian yang menarik. Bagi peminat alam dan juru gambar, anda pasti menikmati suasana persekitaran ini pada musim hujan bagi mengambil gambar cantik. Elakkan aktiviti air ketika hujan lebat kerana boleh meningkatkan risiko kepala air.

smart bite
Sumber : Smart Bite

3. Pengembaraan Makanan

Musim hujan adalah masa yang sesuai untuk menikmati pelbagai hidangan Malaysia yang enak. Meningkatkan selera anda dengan semangkuk laksa yang panas atau nikmati keenakan bubur lambuk, maggi, mee kari, sup ayam, steamboat, mee rebus dan sebagainya.

Tambahan pula, musim ini juga membawa hasil tani yang melimpah ruah seperti durian, rambutan dan manggis yang membolehkan anda menikmati pelbagai rasa buah tropika yang segar. Kunjungi tempat-tempat makanan popular seperti di Melaka, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan lain-lain untuk menikmati makanan enak Malaysia.

young-woman-applying-natural-scrub-hands-against-white-surface-spa-treatment-product-female-hand-spa-massage-perfumed-flowers-water-candles-relaxation-flat-lay-top-view
Sumber : Freepik Jcomp

4. Nikmati Spa

Apakah cara yang lebih baik untuk menikmati musim hujan selain dengan spa yang menenangkan? Negara kita sangat terkenal dengan spa mewah. Melakukan spa dengan bunyi titisan hujan yang menenangkan akan menambah lapisan ketenangan pada percutian anda. Bersantai dengan urutan tradisional Melayu dan rawatan yang menyegarkan dengan membiarkan hujan di luar meningkatkan pengalaman bersantai anda.

City Center in Melaka
Sumber: Freepik freestockcenter

5. Lokasi Warisan Budaya

Walaupun melakukan aktiviti luar adalah hebat, musim hujan menawarkan peluang yang sangat baik untuk mengkaji atau mengenali warisan budaya Malaysia. Anda boleh melawati muzium, galeri seni dan tapak bersejarah seperti Kota A Famosa, muzium negara, muzium padi, muzium perak dan sebagainya lagi. Terokai kraf tradisional, menghadiri kelas memasak atau nikmati persembahan langsung dan pertunjukan kebudayaan. Musim hujan memberikan suasana yang sempurna untuk pengalaman mengasyikkan ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!