Pancarongga Eksoz Bermasalah? Kenali 5 Tanda Ini untuk Memandu Tanpa Gangguan

Pancarongga ekzos atau lebih dikenali sebagai ‘exhaust manifold’ adalah bahagian paling pertama dalam sistem ekzos yang mengawal pengeluaran gas pembakaran berbahaya di dalam ruang enjin. Kerosakan komponen ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan. Oleh itu, kenali tanda awal kerosakan pancarongga eksoz agar anda dapat melakukan pembaikan segera seperti berikut:

1. Bunyi Bising

Jika anda mendengar bunyi berdetik atau ketukan dari bahagian enjin adalah tanda kerosakan pancarongga eksoz. Hal ini berlaku apabila terdapat kebocoran gas melalui pancarongga eksoz.

Bunyi ini akan menjadi lebih ketara apabila enjin sejuk berbanding ketika ia panas. Ini kerana retakan pada pancarongga menjadi lebih kecil apabila gas ekzos memanaskan logam, mengembangkannya dan kebocoran berkurangan.

2. Bau dari Ruang Enjin

Pancarongga atau gasket ekzos yang rosak akan mengeluarkan asap yang membawa kepada bau ekzos di ruang enjin atau kabin. Asap ekzos ini sangat bahaya kerana ia mengandungi karbon monoksida. Selain itu, anda juga boleh menghidu bau terbakar jika gas ekzos yang panas membakar bahagian plastik atau wayar di ruang enjin.

Kebocoran gas ekzos dari satu titik sebelum penukar pemangkin akan mengandungi kandungan karbon monoksida yang lebih tinggi daripada apa yang disalurkan daripada paip ekzos kenderaan. Keadaan ini menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, lakukan penggantian segera jika terdapat sebarang bau dari ruang enjin.

3. Masalah Pecutan

Pancarongga eksoz yang bocor boleh menjejaskan penyingkiran gas ekzos secara negatif daripada silinder (pembuangan gas ekzos) yang menyebabkan pengumpulan dalam enjin. Hal ini akan mengurangkan kecekapan pembakaran dan menyebabkan prestasi enjin berkurang. Ia boleh dikenal pasti apabila pecutan lembap ketika anda menekan pedal minyak.

4. Mengurangkan Kecekapan Bahan Api

Pancarongga eksoz yang telah retak boleh membenarkan udara memasuki sistem ekzos dan menjejaskan bacaan sensor oksigen (sensor O2).

Sensor oksigen mungkin tersalah menggesa Unit Kawalan Enjin (ECU) untuk menyuntik lebih banyak bahan api ke dalam enjin. Hal ini akan mengganggu nisbah udara-bahan api yang diperlukan untuk pembakaran yang cekap hingga mengurangkan kecekapan bahan api kenderaan.

5. Lampu Amaran Enjin Menyala

Tanda awal kerosakan pancarongga eksoz boleh dikenalpasti apabila lampu amaran enjin menyala. ECU mengaktifkan lampu amaran enjin jika output sensor oksigen melebihi julat yang dijangkakan. Oleh itu, jika kebocoran ekzos besar dan ECU menyuntik lebih banyak bahan api daripada yang diperlukan, salah kebakaran enjin boleh berlaku hingga mencetuskan CEL dan mendaftarkan kod kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!