Tetap Sihat, Lawan Influenza: Ancaman dan Langkah-Langkah Pencegahan

Jangkitan influenza di Malaysia agak membimbangkan kebelakangan ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan dengan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Cara Merebak

Virus influenza akan merebak dengan mudah dari seorang individu yang dijangkiti kepada individu yang lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini juga boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Komplikasi termasuk pneumonia dan kegagalan organ, yang boleh mengancam nyawa.

Gejala Influenza

Gejala influenza akan datang secara tiba-tiba, berkemungkinan bertahan lebih lama dan boleh menjadi lebih teruk sehingga mengancam nyawa. Antara gejala influenza yang perlu diberi perhatian terutamanya dalam kalangan kanak-kanak adalah :

• Demam
• Selsema
• Sakit tekak
• Batuk
• Sakit kepala
• Sakit badan
• Sukar bernafas
• Cirit-birit dan sakit perut

Langkah Pencegahan

1. Vaksinasi

Vaksin influenza adalah cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit ini. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit dan mengelakkan komplikasi serius.

2. Kebersihan Peribadi

Amalkan mencuci tangan dengan sabun dan air secara kerap, terutamanya selepas bersin atau batuk. Gunakan pelitup muka ketika sakit untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

3. Langkah-Langkah Sosial

Elakkan berada di tempat orang ramai atau kumpulan besar ketika penularan wabak influenza. Amalkan penjarakan sosial dan kerja dari rumah jika perlu.

Dengan pengetahuan yang betul, kesedaran masyarakat dan tindakan pencegahan yang berkesan, kita boleh melindungi diri dan komuniti daripada risiko penyakit ini. Kita perlu bekerjasama untuk menjaga kesihatan dengan mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!