4 Tanda Klac Kipas Kenderaan Mengalami Kerosakan

Klac kipas atau lebih dikenali sebagai ‘fan clutch’ berfungsi untuk memastikan enjin kenderaan berada dalam keadaan sejuk. Kerosakan komponen penting ini boleh menyebabkan enjin kenderaan panas dan menganggu perjalanan anda. Dengan ini, kenali antara tanda-tanda kerosakan klac kipas seperti berikut:

1. Enjin Panas

Klac kipas yang telah digunakan lama tanpa penyenggaraan akan hilang keupayaan untuk mengendalikan sistem penyejukan atau kipas radiator dengan optimum. Akibatnya enjin akan cepat panas walaupun memandu pada tahap kelajuan rendah atau kekal panas untuk masa yang lama. Hal ini yang menyebabkan enjin panas melampau.

2. Bunyi Kipas Penyejuk Kuat

Pernahkan anda mendengar bunyi kipas penyejuk apabila enjin tidak berfungsi atau ketika penyaman udara dihidupkan? Jika ya, ia biasanya berlaku disebabkan oleh ‘clutch shoe’ yang tersangkut dan membuatkan kipas penyejuk beroperasi pada kelajuan tinggi hingga mengakibatkan bunyi kipas yang kuat.

Selain itu, roda penggalas dan bilah klac kipas yang patah juga boleh menyebabkan bunyi yang kuat dalam sistem penyejukan. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan untuk melakukan pembaikan sejurus anda mendengar bunyi pelik dari bahagian enjin.

3. Kemerosotan Prestasi Enjin

Klac kipas yang tersangkut menyebabkan kipas penyejuk terus berputar dengan aci pam air. Hal ini berlaku kerana klac kipas menyambungkan kipas enjin dan aci pam air. Keadaan ini akan menjejaskan prestasi enjin kerana ia tidak dapat menyejukkan dengan betul. Akibatnya, kenderaan akan mengalami masalah memecut lebih perlahan dan meningkatkan penggunaan bahan api.

4. Kipas Berputar secara Terusan

Jika kipas penyejuk terus berputar walaupun selepas enjin dimatikan adalah tanda berlaku kebocoran cecair silikon. Cengkaman kipas mengandungi cecair silikon yang membantu mengawal bilah kipas. Apabila mengalami kegagalan klac kipas akibat kebocoran bendalir, ia akan membuatkan kipas radiator berputar secara berterusan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!