Juadah Istimewa Sempena Perayaan Deepavali yang Perlu Dicuba Tahun Ini

Menjelang perayaan Deepavali pada minggu ini, ramai rakan kaum India mesti sibuk melakukan persiapaan untuk menyambut bersama keluarga dan rakan. Setiap perayaan mesti akan ada aneka hidangan yang sangat sedap dan setiap juadah itu melambangkan identiti kaum itu sendiri. Disenaraikan antara juadah istimewa perayaan Deepavali seperti berikut:

murukku-also-known-as-chakli-south-indian-traditional-vegetarian-snack

1. Murukku

Sambutan Deepavali tidak lengkap tanpa murukku. Ia adalah kuih raya yang digemari ramai terutamanya kaum lain di Malaysia. Makanan ringan yang enak dan rangup ini dibuat dengan tepung beras, tepung kacang hitam, biji lemuju, biji lenga, jintan manis, mentega dan sedikit garam. Murukku juga lazat dimakan dengan mencicah teh! Anda wajib cuba cara ini ketika waktu perayaan nanti.

4-2
Sumber : Harischandra Mills

2. Thosai

Thosai adalah antara makanan wajib disediakan pada pagi Deepavali. Hampir setiap kaum India akan menghidangkan thosai dengan kari kambing atau ayam sebagai sarapan pagi di rumahnya. Ia juga enak dimakan bersama ‘chutney’ kelapa, pudina, tomato dan lain-lain.

pexels-kiro-wang-7133659

3. Laddu

Laddu merupakan manisan berbentuk bulat yang diperbuat dengan lemak sapi, tepung dan gula. Terdapat juga kekacang atau kismis dalam laddu yang dibuat mengikut citarasa individu. Manisan ini biasanya disediakan pada perayaan Deepavali, hari jadi, kenduri dan lain-lain sebagai tanda kesyukuran.

20180526_115633_wm
Sumber : Divya’s Nalabhagam

4. Kandarppam

Kandarppam ialah sejenis manisan berbentuk apam tetapi lebih kecil dan menggunakan urad dal, adunan serbuk jaggery, serbuk buah pelaga, nasi dan kelapa. Manisan sihat yang popular dalam kalangan entik Chettinad di Tamil Nadu, India sukar ditemui di Malaysia. Ia biasanya disediakan ketika menyambut majlis-majlis khas sahaja.

maxresdefault
Sumber : Indra’s Home Cooking

5. Sippi

Sippi adalah sejenis makanan yang paling mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan tepung gandum, mentega dan gula yang kemudian digoreng. Ia biasanya dihidangan sebagai manisan selepas disalut dengan serbuk gula atau biarkan kosong sebagai kerepek. Sippi biasanya menjadi kegemaran semua golongan kerana sangat ranggup dan enak dimakan sambil berbual dengan ahli keluarga atau rakan ketika perayaan.

Karupatti-Adhirasam-Recipe-2-768×1024
Sumber : Prema’s Culinary

6. Athirasam

Makanan wajib ada dan disediakan bersama kuih-muih tradisi yang lain adalah Athirasam. Ia merupakan salah satu makanan yang dikesan kewujudannya pada abad ke-16 lagi di Tamil Nadu dan sering kali dibuat untuk majlis-majlis besar khususnya majlis keagamaan dan perkahwinan. Ia juga dikenali sebagai denderam di Malaysia tetapi penyediaaan resepi sedikit berbeza.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!