Mencegah Penyakit Strok dengan Langkah Mudah Ini

Stok adalah penyakit yang berlaku akibat penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian jika tidak menjaga kesihatan dengan baik. Disenaraikan cara mencegah penyakit strok dari rumah seperti berikut:

1. Kekalkan Berat Badan Ideal

Mengekalkan berat badan ideal sangat penting untuk mencegah strok. Hal ini kerana obesiti boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah, kolesterol dan kencing manis yang meningkatkan risiko penyakit strok. Bagi mengekalkan berat badan ideal anda perlu menjaga gaya pemakanan dan bersenam.

front-view-cigarette-bad-habit-concept

2. Berhenti Merokok

Merokok akan mempercepatkan pembentukan bekuan dalam beberapa cara yang berbeza. Ia memekatkan darah anda dan meningkatkan jumlah pembentukan plak dalam arteri. Selain bersenam dan menjaga diet makanan, anda juga perlu berhenti merokok untuk membantu mengurangkan risiko strok.

pexels-andres-ayrton-6551415

3. Mengawal Pengambilan Gula

Mempunyai gula darah yang tinggi merosakkan saluran darah dari masa ke masa dan menjadikan bekuan terbentuk di dalamnya. Oleh itu, anda digalakkan untuk mengawal pengambilan gula terutamanya minum kopi secara kerap, kek, coklat dan lain-lain makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi.

ella-olsson-KPDbRyFOTnE-unsplash

4. Amalkan Diet Seimbang

Mengamalkan diet seimbang memainkan peranan utama dalam penjagaan kesihatan. Makan dalam kuantiti yang betul dan elakkan makan pada waktu lewat malam. Hal ini kerana makanan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti kencing manis, tekanan darah, kolesterol dan lain-lain yang meningkatkan risiko strok.

jenny-hill-mQVWb7kUoOE-unsplash

5. Bersenam

Bersenam sekurang-kurang dua kali seminggu akan mengekalkan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Ia juga sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung, mengurangkan berat badan dan membekalkan oksigen. Oleh itu, anda boleh mula dengan melakukan yoga, berjalan, jogging atau menyertai kelab sukan untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko strok.

6. Mengawal Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor utama dalam kalangan lelaki dan wanita yang meningkatkan risiko strok jika tidak mengawalnya. Tekanan darah yang tinggi boleh membuatkan salur darah pecah hingga menyebabkan strok hemoragik. Selain itu, dalam jangka masa panjang keadaan kesihatan ini juga mampu merosakkan dinding salur darah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!