Kemudahan Awam yang Terdapat di Lebuh Raya Malaysia

Lebuh raya adalah salah satu sistem pengangkutan utama yang menghubungkan beberapa lokasi penting iaitu bandar dengan bandar dan antara bandar dengan luar bandar. Ramai pengguna jalan raya menggunakan lebuh raya untuk ke sesuatu destinasi. Disenaraikan antara kemudahan awam yang terdapat di lebuh raya Malaysia seperti berikut:

1. Telefon SOS

Telefon kecemasan atau lebih dikenali sebagai telefon SOS disediakan di laluan lebuh raya untuk berhubung dengan PLUS. Telefon berwarna jingga yang terdapat pada setiap dua kilometer di sepanjang lebuh raya boleh digunakan untuk meminta bantu apabila berlaku kerosakan kenderaan atau ketika kecemasan.

Panggilan dari telefon ini akan dihubungkan terus ke Pusat Pemantauan Trafik PLUS yang beroperasi 24-jam setiap hari. Melalui penggunana telefon ini juga memudahkan pihak PLUS untuk mengesan kedudukan pemanggil secara automatik sebaik sahaja ia diaktifkan oleh pemanggil.

299187747_176746908196233_7990646668728322548_n
Sumber : Facebook R&R Tapah Arah Utara

2. Kawasan Rehat dan Rawat

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) adalah kawasan persinggahan pengguna lebuh raya untuk berhenti berehat, makan, solat, mengisi bahan api dan menggunakan tandas. Selepas perjalanan jauh anda boleh menggunakan kawasan R&R untuk bersantai sebelum sambung perjalanan. Ia juga boleh digunakan untuk tidur sebentar terutamanya untuk mengelakkan isu ‘microsleep’.

3. Pengawasan CCTV

Kamera litar tertutup (CCTV) adalah alat pemantau keselamatan yang terdapat di lebuh raya untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap kereta atau motosikal yang didapati melanggar peraturan jalan raya. Pemasangan CCTV amat membantu pengguna lebuh raya dan pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan pengguna dan mengambil tindakan sewajarnya bagi sesiapa yang melanggar peraturan.

4. Peronda

Polis peronda di lebuh raya mengawal keselamatan lebuhraya dengan memastikan pemandu memandu pada had laju yang ditetapkan, tindakan kecemasan sewaktu berlakunya kemalangan dan menyiasat sebarang kemalangan di lebuh raya.

1-1

5. Perkhidmatan Kereta Tunda

Kereta rosak di tepi jalan atau berlaku kemalangan anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta tunda di lebuh raya. Pihak bertanggugjawab akan membantu membaiki kerosakan kecil, mengalihkan kenderaan ringan ke kawasan selamat yang terdekat dan mengurus trafik. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dan menjaga keselamatan diri di lebuh raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!