Tanda Kerosakan ‘Idler Pulley’

Idler pulley adalah salah satu komponen yang digunakan dalam enjin untuk meningkatkan prestasi tali sawat ‘belt’ kenderaan. Fungsi idler pulley adalah mengekalkan kedudukan tali sawat kenderaan dan mengubah halanya. Berikut disenaraikan antara tanda kerosakan komponen kecil yang memainkan peranan penting dalam enjin:

1. Bunyi Asing

Salah satu tanda awal idler pulley mengalami kerosakan adalah penghasilan bunyi asing daripada bahagian enjin. Hal ini berlaku akibat takal yang longgar atau galas rosak. Bunyi ini juga kedengaran apabila tali sawat seperti tali sawat alternator, enjin dan serpentin bergesel pada permukaan takal yang lama disebabkan oleh gerakan yang tidak mencukupi daripada takal. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk bantuan lanjut.

2. Enjin Panas

Masalah enjin panas melampau ‘overheat’ bukan sahaja berlaku akibat kekurangan cecair radiator, pam air rosak, kebocoran hos penghawa dingin dan lain-lain. Malah ia juga boleh berlaku apabila terdapat kerosakan pada idler pulley.

Idler pulley memastikan sistem tali sawat pemacu mempunyai ketegangan yang mencukupi untuk memacu takal bagi komponen enjin kritikal termasuk takal pam air. Pam air bertanggungjawab untuk mengekalkan suhu enjin. Oleh itu, tanpa fungsi takal pam air yang baik kereta anda boleh menjadi terlalu panas dan menyebabkan kerosakan enjin.

3. Aksesori Enjin Berhenti Berfungsi

Jika idler pulley gagal berfungsi, pacuan tali sawat enjin akan hilang ketegangan dan boleh tertanggal. Hal ini boleh menyebabkan aksesori enjin seperti alternator, pemampat penghawa dingin, pam stereng kuasa dan lain-lain gagal berfungsi. Anda juga mungkin melihat lampu amaran enjin menyala pada papan pemuka kenderaan.

4. Permukaan Takal Berkarat

Idler pulley yang berada dalam kondisi baik biasanya mempunyai permukaan yang licin. Walau bagaimanapun, putaran berterusan boleh menghakis permukaan idler pulley dari semasa ke semasa. Ini membawa kepada tanda karat yang boleh dilihat kerana sentuhan dengan tali sawat.

Oleh itu, jika anda melihat permukaan idler pulley berkarat, anda harus menggantikannya untuk mengelakkan tali sawat enjin daripada kehilangan ketegangan dan tergelincir.

5. Takal Terlalu Longgar

Tanda lain yang perlu dikenalpasti ialah takal yang terlalu longgar. Takal biasa akan bergerak sedikit sahaja, tetapi takal yang longgar boleh mengeluarkan bunyi dan menyebabkan getaran yang berlebihan. Oleh itu, jika takal terlalu longgar, ia boleh menyebabkan tali sawat tercabut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!