6 Kesalahan Yang Boleh Dikenakan Saman

Pengguna kenderaan perlu mengetahui peraturan dan undang-undang jalan raya untuk melindungi diri daripada sebarang kemalangan. Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa boleh dikenakan saman. Bagi mengelakkan diri daripada mendapatkan saman, disenaraikan antara kesalahan yang boleh dielakkan seperti berikut:

1. Menggunakan Telefon Bimbit

Penggunaan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Hal ini kerana tindakan ini boleh mengalihkan fokus pemandu daripada jalan raya dan ia menjadi punca berlaku kemalangan. Anda boleh dikenakan saman jika ditangkap menggunakan telefon bimbit dengan denda hingga RM1,000 atau penjara hingga tiga bulan.

2. Menghentikan Kenderaan Melebihi Garisan Putih

Ramai pengguna kenderaan gemar atau mempunyai tabiat menghentikan kenderaan melebihi garisan putih di lampu isyarat. Tahukah anda ia adalah satu kesalahan yang boleh didenda?

Pengguna kenderaan tidak boleh berhenti melebihi garisan putih kerana perbuatan ini adalah salah satu punca berlakunya kesesakan jalan raya selain mengundang kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Oleh itu, selepas ini pastikan anda tidak berhenti melebihi garisan putih dan mengelakkan diri daripada kena saman.

3. Meletakkan Kenderaan di Kotak Kuning

Meletakkan kenderaan sesuka hati di bahu jalan sehingga menyebabkan kesesakan adalah satu tindakan yang boleh dikenakan saman. Perkara ini dilarang sama sekali khususnya di garisan kuning kerana ia menghalang pergerakan kenderaan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

4. Ditangkap Mengekori Kenderaan Lain

Memandu terlalu rapat dengan kenderaan lain, bukan sahaja membahayakan pemandu kenderaan terbabit malah turut menjadi faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya. Ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan saman kerana mewujudkan situasi panik bagi pemandu dan berlaku kemalangan yang boleh meragut nyawa.

5. Membuat Pusingan ‘U’ di Tempat yang Tidak Dibenarkan.

Segelintir pengguna kenderaan gemar membuat pusingan-U di tempat yang tidak dibenarkan untuk menjimatkan masanya. Kawasan yang mempunyai dilarang melakukan pusingan-U adalah disebabkan tempat itu agak sibuk dan boleh menyebabkan kemalangan jika bertindak demikian.

Pemandu yang melakukan pusingan-U di tempat larang adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) dan boleh dikenakan denda.

6. Menggunakan Laluan Kecemasan

Bagi mengelakan kesesakan lalu lintas terdapat segelintir individu yang melanggar peraturan jalan raya dengan menggunakan laluan kecemasan. Ia adalah satu perbuatan yang boleh dikenakan saman kerana lorang kecemasan disediakan untuk kegunaan ambulans, jabatan bomba dan penyelamat, polis dan agensi penguatkuasa lain.

Sesiapa yang menggunakan lorong kecemasan boleh didenda tidak lebih daripada RM2,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!