6 Persediaan Awal Menghadapi Banjir

Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko. Orang ramai terutamanya yang berada di kawasan berisiko boleh mula lakukan persediaan awal untuk menghadapi situasi tidak terduga ini seperti berikut:

1. Penyediaan Kit Kecemasan

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menghadapi banjir ini adalah menyediakan kit kecemasan seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dan alat pertolongan cemas. Kit kecemasan ini sangat membantu sekiranya anda terperangkap dalam banjir dan menunggu bantuan daripada pihak penyelamat. Anda dinasihatkan untuk menyediakan barangan secukupnya untuk sekurang-kurangnya tiga hari.

2. Telefon Bimbit

Alat komunikasi iaitu telefon bimbit sangat penting agar boleh digunakan untuk menghubungi keluarga terdekat pada situasi kecemasan bagi pertolongan segera. Ia boleh menyelamatkan nyawa ketika banjir. Oleh itu, simpanlah telefon bimbit dalam beg plastik kedap udara agar ia kekal kering. Selain itu, sediakan juga bank kuasa ‘power bank’ untuk mengecas telefon bimbit anda kerana bekalan elektrik akan terputus.

3. Simpan Dokumen Penting

Persiapan awal yang ramai mengabaikan adalah menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat selamat. Anda boleh mengambil gambar dokumen tersebut atau salinan dokumen dan simpan di tempat selamat iaitu tempat tinggi. Pastikan masukkan dokumen-dokumen dalam fail dan simpan dalam beg plastik kedap udara agar ia tidak tercicir dan hanyut dalam banjir.

4. Pastikan Lokasi Pusat Pemindahan

Dapatkan informasi awal dan pastikan lokasi pusat pemindahan terlebih dahulu agar anda boleh melakukan pemindahan sekiranya berlaku banjir di kawasan perumahan anda. Senaraikan pusat pemindahan terdekat supaya anda boleh bergerak segera dan berkongsi maklumat dengan jiran.

5. Dapatkan Maklumat Terkini

Sentiasa peka dengan informasi terkini tentang cuaca semasa dan dapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi media. Anda boleh semak informasi terkini menerusi televisyen, radio, media sosial dan lain-lain platform sahih.

6. Simpan Air Bersih

Mendapatkan sumber air bersih ketika banjir adalah satu keadaan sukar. Oleh itu, anda disarankan untuk menyimpan air bersih seperti air mineral atau masak di rumah terlebih dahulu. Pastikan menyimpan air dalam botol air supaya menjamin kualiti air.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!