Syurga Kopi di Lembah Klang

Kopi yang lazat wajib dikongsi bersama kerana keenakan yang boleh membuat semua orang kecur air liur. Dikongsikan antara kedai kopi yang wajib dikunjungi pada cuti hujung minggu seperti berikut:

pulp

1. PULP

Kafe PULP yang terletak di Bangsar mendapat sambutan hangat pengemar kopi kerana keenakan kopinya. Kafe yang mempunyai reka bentuk dalaman ala hipster menarik ramai pelanggan kerana mempunyai banyak pilihan kopi yang boleh dinikmati dalam suasana yang damai.

Antara kopi pilihan ramai adalah Konga, Suke Quto, The Flat White dan lain-lain yang lebih enak dimakan sekali dengan kek lobak merah. Terdapat juga makanan lain yang dicuba seperti Croissants Cheese, Pulled Beef Taco, Kimchi Melt Sandwich dan sebagainya lagi.

bayang

2. Bayang Coffee

Ingin cuba kopi ‘single origin’? Kunjungi Bayang Coffee yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang menawarkan kopi yang menggunakan biji organik terbaik di dunia iaitu dari Gunung Gayo, Sumatera. Kualiti kopinya yang terbaik menarik perhatian penggemar kopi untuk mengunjungi kafe ini.

Ice Mocha, Ice Latte, Hot Macchiato dan Hot Piccolo adalah antara kopi yang mendapat sambutan hangat pelanggan. Terdapat juga ice blended, smoothies, pencuci mulut, makanan barat dan lain-lain yang boleh dinikmati sekali.

che

3. Chequers

Terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Chequers menawarkan makanan gaya Amerika di kafenya dengan penyediaan sarapan, makan tenghari serta makan malam. Suasana kafe yang ceria juga menjadikan ia sebuah tempat yang sesuai untuk menyambut sebarang sambutan atau hari istimewa. Uniknya di sini, kopi disediakan juga meraih sambutan pelanggan khususnya Mocha, Cappuccino dan Americano.

kugiran

4. Kugiran Kopi

Terletak di Jalan Rejang Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kugiran Kopi sentiasa menerima kedatangan pengemar kopi untuk mengunjungi gerainya yang menyediakan kopi enak. Kugiran Kopi menarik ramai pelanggan daripada media sosial dan keenakan kopinya yang menjadikan ia kegemaran ramai.

Menjual pada harga berpatutan, anda boleh menikmati kopi ‘signature’ mereka seperti Buttercream Latte, Seasalt Caramel dan Klasik Kugiran. Dapatkan informasi terkini mengenai gerai mereka di laman media sosialnya.

dua darjat

5. Kopi Dua Darjat

Kopi Dua Darjat yang mempunyai lebih sepuluh cawangan di sekitar Lembah Klang sudah lama mendapat tempat di hati pengunjungnya. Menggunakan kopi kampung dan menginovasikannya dengan resipi kopi baharu yang membuatkan Kopi Dua Darjat meraih sambutan hanggat pelanggan.

Pelbagai menu kopi disediakan dengan nama yang sangat menarik seperti perisa Darjat Vanilla, Darjat Borneo, Darjat Karamel, Darjat Malaya, Darjat Hazel dan sebagainya. Bagi individu yang kurang minat kopi jangan risau terdapat juga air minuman lain yang disediakan khas untuk anda. Jangan lupa kunjungi Kopi Dua Darjat bagi menikmati kopi enak!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!