Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

3 Oktober 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO yang berada di negeri Sabah.

Tiga buah PSD yang terlibat ialah Proton Fook Loi Tawau, Proton Melinau Auto Inanam Kota Kinabalu, dan Honda Wee Maju Kota Kinabalu.

s1

Pelaksanaan program ini adalah salah satu inisiatif pihak kementerian untuk memeriksa keadaan kenderaan konsesi dan memastikan pembaikan dijalankan sebagaimana perlu. Maklum balas daripada pengguna atau Pegawai Kenderaan juga turut diambil bagi tujuan pemantauan dan panduan untuk penambahbaikan.

s6

Di samping itu, turut diadakan satu sesi taklimat pengurusan kenderaan konsesi SPANCO kepada para pegawai kenderaan dari jabatan dan agensi terlibat. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En Amirulbahri Mantor, Penolong Jurutera Kanan, SPK dan En Mohd Faiz Izwan Ishak, Eksekutif Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi PSD SPANCO.

s4

SPANCO telah hadir untuk memberikan kerjasama serta sokongan dalam memastikan kelancaran penyelarasan program ini agar pihak kementerian dapat menjalankan proses pemeriksaan kenderaan konsesi tersebut dengan lancar.

s2

Turut hadir pada program kali ini ialah Ir. Ts. Rozian So-om, Jurutera Kanan SPK serta barisan pengurusan SPANCO iaitu En. Ronnie Tan Teong Heng, Ketua Bahagian Selepas Jualan, En. Richard Velayuthan, Pengurus Kanan Unit Kawalan Senggaraan dan Operasi serta Pn. Rohana Abdullah, Pengurus Unit Perhubungan Pelanggan dan Pengurusan Pematuhan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!