Punca Penapis Udara Tersumbat

Penapis udara berfungsi untuk menghalang sebarang kekotoran seperti debu, habuk, pasir halus dan lain-lain memasuki ruang enjin kenderaan. Ia boleh mengalami kerosakan apabila penapis udara telah kotor atau tersumbat yang mengurangkan prestasi enjin jika tidak melakukan penggantian dengan segera. Disenaraikan antara punca penapis udara tersumbat seperti berikut agar anda lebih berwasapada bila perlu dilakukan penyenggaraan:

1. Bau Bahan Api yang Kuat

Penapis udara yang tersumbat akan menghalang pengaliran udara secukupnya untuk enjin dan ia menyebabkan enjin membakar lebih banyak bahan api untuk mengimbangi kekurangan udara.

Namun, enjin tidak boleh membakar bahan api tambahan dan sebahagian daripada bahan api yang tidak terbakar akan keluar melalui paip ekzos sebagai asap hitam. Hal ini yang menyebabkan penghasilan bau bahan api yang kuat dan anda perlu segera melakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah untuk mendapatkan bantuan lanjut.

2. Enjin Tidak Boleh Dihidupkan

Penapis udara yang kotor boleh merosakkan campuran bahan api udara yang berpotensi mengakibatkan enjin tidak berfungsi. Campuran bahan api-udara yang tidak betul akan menjejaskan fungsi palam pencucuh dan mengakibatkan enjin gagal dihidupkan dan mudah tersentak. Gantikan penapis udara di pusat servis supaya enjin berfungsi dengan baik.

3. Prestasi Kenderaan Menurun

Apabila enjin kenderaan tidak mendapat udara yang secukupnya disebabkan penapis udara yang tersumbat, ia akan menyebabkan pengurangan ‘horsepower’ (kuasa kuda). Keadaan ini boleh mengakibatkan enjin bergelut untuk menghasilkan kuasa yang diperlukan untuk pecutan pantas. Ia juga membawa kepada penurunan kecekapan bahan api dan menjejaskan prestasi keseluruhan enjin.

4. Bunyi Kuat Enjin

Jika anda mendengar bunyi kuat atau pelik daripada bahagian enjin kenderaan, itu adalah tanda penapis udara telah kotor. Ia menyebabkan enjin kereta tidak mendapat udara yang secukupnya untuk membakar bahan api.

Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan kenderaan bergegar apabila memecut kerana enjin tidak dapat mengekalkan proses pembakaran disebabkan kekurangan bekalan udara secukupnya.

5. Lampu Amaran Enjin Menyala

Penapis udara tidak mempunyai sensor untuk mencetuskan lampu amaran enjin. Walau bagaimanapun, modul kawalan enjin (ECM) menggunakan penderia lain untuk memeriksa sama ada penapis udara enjin berfungsi dengan betul atau tidak. Misalnya, jika paras aliran udara rendah, penderia aliran udara jisim boleh mencetuskan lampu enjin untuk menunjukkan kemungkinan terdapat masalah pada penapis udara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!